Tempatan

TPM Umum Sabah, Sarawak Bukan Lagi ‘Negeri’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Januari 2023 – “Kedudukan Sabah dan Sarawak bukan lagi berstatus negeri sebaliknya Wilayah dalam Malaysia.”

Demikian kenyataan tegas dari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasarnya sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur semalam.

BACA JUGA: YB Teng Chang Khim Memang Biadab – Aminuddin Yahaya

BACA JUGA: Pembayar Zakat Melaka Meningkat Lebih 53 Ribu Orang

BACA JUGA: Kilang Tutup, Karbon Dioksida Di New Zealand Kini Terpaksa Dicatu

Ujarnya, limpahan pembangunan di Kalimantan perlu digarap segera agar Sabah dan Sarawak lebih pesat membangun lebih-lebih lagi dengan pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur di mana ia menjadikan kedudukan Wilayah Sabah dan Sarawak akan menjadi lebih strategik untuk dibangunkan.

“Sejak 1963, Sabah dan Sarawak telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, dan kini adalah masa terbaik untuk kita sama-sama memajukan Sabah dan Sarawak, seiring dengan perkembangan di keseluruhan kepulauan Borneo termasuk Kalimantan, Indonesia.”

Justeru, Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menegaskan bahawa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu segera dilaksanakan

“Perjanjian Malaysia 1963 atau lebih dikenali sebagai MA63, perlu dilaksanakan segera. Walaupun ada beberapa perkara pokok yang telah dilaksanakan, masih banyak perkara yang menjadi asas kepada MA63 perlu diterjemah pelaksanaannya.”

Pada 4 Januari lalu, Kabinet bersetuju membenarkan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak membuat keputusan dalam semua projek Kerajaan di Malaysia Timur di bawah bajet RM50 juta tanpa melalui Kerajaan Persekutuan.

Menurut Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ia adalah langkah awal untuk menunjukkan bahawa Kerajaan serius dalam melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: