Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
KUALA LUMPUR, 27 April 2021 – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyeru kepada semua rakyat untuk membuat laporan polis terhadap individu yang mencadangkan agama Islam dibuang sebagai agama rasmi negara.
“UMMAH menyeru kepada semua yang cintakan Islam sebagai agama rasmi negara, agar membuat laporan polis di seluruh negara kepada individu yang mencadangkan agar nama Islam dibuang daripada agama rasmi negara,” kata Mohd Zai Mustafa, Pengerusi UMMAH.
Mantan Timbalan Pengerusi BERSIH, Sarajun Hoda Abdul Hassan baru-baru ini mengeluarkan kenyataan di Facebooknya bahawa Islam perlu dibuang sebagai agama rasmi sekiranya Malaysia mahu menjadi lima negara teratas dalam indeks Islamcity.
Malah, beliau juga mencadangkan agar JAKIM ditutup dan pengawasan akhlak dihentikan.