Tempatan

Ungkit ’13 Mei’ Menjelang PRN, Motif Lim Kit Siang Dipersoal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KHAMIS, 20 Julai 2023 – Seorang pemimpin Bersatu telah mempertikaikan tindakan veteran DAP, Lim Kit Siang dengan mempersoalkan tentang motif bagi kenyataan veteran DAP tersebut yang menyatakan bahawa Malaysia kini menuju kearah rusuhan perkauman seperti yang telah berlaku pada 13 Mei 1969.

Dr. Afif Bahardin, timbalan Bersatu Shah Alam menyatakan sebagai warga Malaysia, beliau masih merasakan selamat dan bebas tanpa sebarang ancaman sewaktu bersama dengan bangsa-bangsa lain.

Beliau selanjutnya menyatakan bahawa (isu) 13 Mei tidak pernah timbul dan mempersoalkan tindakan Kit Siang dalam mengeluarkan kenyataan sedemikian di waktu sebelum berlangsungnya pilihan raya negeri.

BACA JUGA: Taikun Hartanah Dibenarkan Tukar Sebahagian Bangunan Ikonik London Menjadi Masjid

BACA JUGA: Gelombang Haba Ekstrem, 1/3 Penduduk AS Terkesan

BACA JUGA: Gunung Berapi Mayon: Lebih 1,600 Mangsa Dipindahkan Alami Jangkitan Pernafasan Akut

Menerusi ucapannya pada sebuah sesi ceramah di Shah Alam malam tadi, Afif turut menuntut anak Kit Siang, Lim Guan Eng untuk membuat permohonan maaf di atas kenyataan beliau mengenai sekatan hak orang bukan Islam sekiranya berlaku pertukaran kerajaan di Pulau Pinang.

Afif turut menyifatkan Guan Eng sebagai seorang ahli politik yang rasis dan menyatakan bahawa orang seperti ini tidak sepatutnya tinggal di Malaysia dan menganggu keamanan.

Kit Siang pada hari semalam telan mengeluarkan kenyataan bahawa negara ini menuju ke arah rusuhan kaum seperti insiden 13 Mei 1969. Kenyataan tersebut dibuat sewaktu menyatakan maklum balas beliau terhadap tindakan Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin yang telah menempelak tindakan penangkapan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Timbalan Bersatu Shah Alam itu turut menyatakan bahawa beliau ingin bertanyakan kepada Saifudin Nasution Ismail, Anwar Ibrahim dan peguam negara tentang mengapakah Guan Eng masih belum dituduh di mahkamah dan mengapakah pilih kasih dalam hal seperti ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: