NGO

UMMAH Dan Gabungan 200 NGO Islam Ucap Tahniah Kepada Perikatan Nasional Dan Muhyiddin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengucapkan tahniah kepada gabungan parti Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang telah memenangi kerusi Melayu Islam terbanyak dan mampu membentuk Kerajaan Persekutuan.

2. UMMAH juga mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya pengundi muda yang bijak membuat keputusan gabungan parti mana yang mampu mendaulatkan dan menjaga agama,bangsa dan negara serta bersih daripada rasuah dan mempunyai kepimpinan yang berwibawa.

3. UMMAH berdoa agar penyatuan ummah gabungan parti melayu Islam BERSATU, PAS dan UMNO terus dapat diperkasakan bersama gabungan Perikatan Nasional membentuk Kerajaan Persekutuan yang kuat dan stabil demi kesejahteraan rakyat dan negara.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: