Umat Tergamak Buang Islam Dari Perlembagaan Kerana Inferiority Complex
Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
NILAI, 26 Oktober 2021 – “Mana-mana masyarakat Islam yang tergamak membuang Islam sebagai agama negara telah kehilangan jati diri dan hala tuju.”
Namun, isu Bangladesh ini perlu dikaji berpandukan konteks sosiopolitik di sana.
Ini merupakan kenyataan Ustaz Engku Ahmad Fadzil Engku Ali, mantan Panel Penyelidik Fatwa Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dalam isu negara Bangladesh yang mahu membuang Islam sebagai agama negara dan kembali kepada sekular.
Mengulas lanjut, beliau berkata, umat Islam menghidap masalah “inferiority complex” kerana merasakan mereka perlu untuk meniru Barat dan Eropah untuk kelihatan maju dan terbuka.
“Pola pemikiran yang menganggap segala yang Kebaratan termasuk sekularisme sebagai maju dan ideal manakala segala yang keagamaan dianggap kolot merupakan pemikiran yang bermasalah.”
“Mereka buta untuk melihat bahawa tidak sedikit masyarakat Barat mula terasa kekosongan sekularisme dan mula mencari pengisian kerohanian melalui agama.”
Justeru, pemantapan ilmu, kefahaman dan keyakinan penting untuk umat Islam di Malaysia bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang sama.
“Sekularisme tidak lain hanyalah suatu reaksi yang mencuba untuk merawat pendekatan dogmatik ‘kasta’ agama di dalam hierarki agama-agama yang diselewengkan.”
“Ia suatu masalah yang tidak wujud di dalam agama Islam, aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang meletakkan hujah-hujah akal pada kedudukan yang tinggi di dalam berinteraksi dengan wahyu. “