Antarabangsa

Tuan Rumah Sukan Asia 2034, Saudi Dituduh ‘Sportswashing’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JEDDAH, 23 Ogos 2022 – Riyadh yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Asia 2034 dituduh menggunakan sukan sebagai taktik membersihkan rekod pencabulan hak asasi manusia kerajaan negara itu yang digelar ‘sportswashing’.

Menteri Sukan Saudi, Putera Abdul-Aziz bin Turki Al-Faisal mengatakan, pada tahun 2034, Riyadh akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Asia iaitu sebuah acara berbilang sukan berskala besar. Abdul Aziz percaya bahawa acara tersebut boleh membuka jalan agar negara itu dapat menganjurkan Sukan Olimpik Musim Panas.

Walau bagaimanapun, menteri itu menolak tuduhan yang mengatakan sukan adalah cara untuk membersihkan rekod pelanggaran hak asasi manusia Saudi dan berkata bahawa penganjuran Sukan Olimpik adalah ‘matlamat yang muktamad’.

“Fokus utama kami sekarang adalah pada Sukan Asia 2034,” ujarnya yang juga memegang jawatan sebagai Presiden Jawatankuasa Olimpik Saudi.

“Kami terbuka untuk berbincang dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berhubung perkara ini (menganjurkan Sukan Olimpik) untuk masa hadapan. Saya rasa Arab Saudi telah menunjukkan bahawa kami boleh menganjurkan acara seperti ini,” ulasnya.

‘Sportswashing’ merupakan satu istilah digunapakai individu, kumpulan, syarikat atau kerajaan yang menggunakan sukan untuk meningkatkan reputasi mereka sekali gus mengalihkan perhatian daripada isu kontroversi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: