Tempatan

Menyedihkan! Kandungan Radio Popular Tiada Unsur Manfaat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Julai 2022 – Lawak jenaka seolah adalah segala-galanya, berhibur adalah puncak segala kehendak, itulah gambaran yang boleh diberikan kepada radio popular tanah air masa kini ujar Ahmad Farami, seorang pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam.

“Beberapa minggu mendengar radio popular berbahasa Melayu, kandungan dan penyampaiannya masih tidak berubah. Celoteh picisan dan ‘jenaka’ riuh konti masih kandungan dominan slot waktu puncak.”

Menurutnya, waktu puncak radio iaitu sewaktu memandu ketika pergi dan balik kerja disia-siakan dengan kandungan yang tiada manfaat.

Katanya, lawak-lawak seperti membahan, loyar buruk, seksis dan body shaming antara lawak yang sering dimainkan oleh penyampai radio.

Tambahnya lagi, ada juga lawak yang menggunakan suara lelaki lembut atau sengau dan lawak nonsensical yang merapu tanpa konteks, makna atau punchline, tetapi dianggap lucu oleh penyampai sendiri.

Menyedari kepentingan dan kesan media, Ahmad Farami menyeru pihak penerbitan radio agar menggunakan peluang yang ada untuk memberi manfaat kepada masyarakat sejagat.

“Radio boleh digunakan untuk membentuk sikap dan pemikiran berjuta pendengar. Radio boleh galakkan kesedaran sains dan alam sekitar. Radio boleh sokong visi negara progresif.”

“Tapi dorongan utama radio popular ialah kehendak hedonistik pasaran, supaya dapat ditarik pengiklan dan penaja.”

Oleh itu, beliau mencadangkan agar kandungan yang lebih bermanfaat disampaikan kepada pendengar.

“Penyampai boleh ulas isu semasa, jemput pakar pelbagai bidang serta beri pencerahan, motivasi dan panduan,” cadangnya.

Perkongsian pandangannya ini mendapat sambutan ramai dengan 792 likes dan 146 shares di mana hampir kesemua penguna media sosial lain sangat bersetuju dengannya.

7EB3CA52-B3F3-4977-A29C-9FDFEF16EF8A.jpeg?resize=300%2C114&is-pending-load=1#038;ssl=1

DEC32534-C5B2-450D-94B6-1F1BE8599307.jpeg?resize=300%2C73&is-pending-load=1#038;ssl=1

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: