Antarabangsa

Umat Islam, Kamu Adalah Kotor Bagi Tuhan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

AUSTIN, 15 September 2021 – Sekeping topeng babi yang dilumurkan darah beserta sepanduk membawa mesej kebencian dengan rujukan ayat dari kitab Bible telah ditinggalkan di sebuah masjid di Austin bersempena ulang tahun ke-20 peristiwa 9/11.

Para jemaah terjumpa topeng babi berdarah itu di luar masjid pada pukul 1 pagi hari Sabtu yang lalu.

Sepanduk itu tertulis: “Umat Islam: kamu adalah kotor bagi Tuhan sepertimana kotornya babi bagi kamu. Sucikanlah amalan syirik kamu, basuhlah ia dengan darah Jesus Christ!”

Waleed Haider, salah seorang jemaah yang menemui mesej kebencian itu berasa terkilan. Beliau kini merasa terasing dalam negaranya sendiri ekoran peristiwa tersebut.

“Saya rasa sungguh terkilan bagaimana mereka tergamak meletakkan kepala babi itu di sana dan itu adalah mesej yang sangat sarat dengan kebencian.”

“Ini adalah negara saya, saya adalah rakyat Amerika,” kata Waleed.

Cawangan Council on American-Islamic Relations (CAIR) bahagian Austin mendesak pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

“Sewaktu komuniti kami bersama-sama dengan seluruh rakyat Amerika untuk membina negara yang lebih baik, terdapat minoriti kecil yang penuh kebencian secara berterusan bersikap taksub dan menggunakan ancaman untuk memisahkan masyarakat kita dan sanggup mengaibkan semua yang terkorban pada hari penuh tragik itu,” kata Faizan Syed, seorang aktivis.

“Di Pusat Komuniti Muslim Utara Austin, kami menyediakan klinik vaksinasi COVID, beri makan pada orang lapar bagi mengenang hari kejadian tersebut,” menurut Faizan. “Tetapi dalam bandar yang sama, di pusat Islam yang lain, kejadian jenayah kebencian ini pula berlaku.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: