Umat Islam Harus Bersatu Pertahankan Akidah – Wiranita PERKASA Kedah
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
Semua sedia maklum bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan agar hak penjagaan tiga anak mualaf dikembalikan kepada ibunya iaitu Loh Siew Hong.
Tetapi di sebalik kejayaan Puan Loh Siew Hong mendapatkan semula hak penjagaan tiga orang anaknya itu , WIRANITA PERKASA KEDAH merasa bimbang dan risau sekiranya ada tangan-tangan ghaib yang cuba diatur oleh pihak-pihak tertentu untuk memurtadkan semula anak-anak mualaf ini sekiranya mereka berada di bawah hak penjagaan ibunya.
Isu akidah merupakan isu sensitif bagi umat Islam, justeru WIRANITA PERKASA KEDAH ingin menarik perhatian dan menyeru kepada seluruh umat islam, NGO-NGO MELAYU, PARTI-PARTI POLITIK MELAYU untuk mengetepikan sebentar ketegangan politik semasa dan memberi tumpuan khusus kepada isu yang sangat besar ini.
Jadikanlah isu Puan Loh Siew Hong ini sebagai satu langkah permulaan titik penyatuan orang Melayu yang merentasi politik kepartian.
Sudah-sudahlah kita berkelahi sesama kita; marilah kita kumpulkan tenaga dan suara orang Melayu bagi membela nasib Agama, Bangsa dan Tanah Air. Terutama di dalam isu keagamaan, kita mesti bersatu. Umat Islam wajib mempertahankan akidah sesama saudara Islam walau apapun yang terjadi.
WIRANITA PERKASA KEDAH juga menyeru kepada pihak- pihak tertentu supaya jangan dijadikan isu Agama, Bangsa dan Kedaulatan Tanah Air sebagai modal kebencian dan persengketaan perkauman di Malaysia ini.
Puan Hayati Binti Che Lah
Ketua WIRANITA PERKASA KEDAH
Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my