Tempatan

Umat Islam Boleh Semak Ketepatan Arah Kiblat 27 Mei Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 21 Mei 2024 – Seluruh umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing pada Isnin, 27 Mei 2024.

Bertepatan dengan fenomena Istiwa A’dzam di mana Matahari berada tepat di atas Kaabah, umat Islam boleh menyemak arah kiblat sekitar jam 5:18 PM waktu tempatan.

Kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Facebook juga menyebut, “Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek. Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda.”

Dalam pada itu, orang ramai boleh merujuk kaedah semakan kepada infografik yang tersedia sekali gus memastikan waktu yang dirujuk selaras dengan waktu sirim (mst.sirim.my).

444486895_979601056870505_4974281812647779531_n.jpg?resize=411%2C467&is-pending-load=1#038;ssl=1

“Selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing.”

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada keadaan fungsi sistem GPS di telefon serta gangguan magnet sekitar gajet.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: