Tempatan

Umat Islam Amat Terguris Dengan Tindakan SUHAKAM – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 8 April 2021 – “Saya nak clearkan beberapa point yang penting di sini. Yang pertama, memang Dato’ (Dr Madeline Berma) kata tadi kita sebagai umat Islam memang rasa sangat terguris. To certain extent we feel insulted, sama ada Dato’ ada niat yang baik ataupun tidak, itu side issue. Tetapi sebagai seorang Muslim, kita rasa sangat-sangat insulted, rasa sangat terguris di atas kenyataan ataupun penyampaian yang dibuat oleh Dato’ dalam program tersebut.”

“Saya kira kita sebenarnya terpaksa membuat beberapa tindakan termasuk kita meminta kerajaan review balik SUHAKAM ini untuk apa sebenarnya. Itu sangat penting,” demikian kenyataan Pengerusi PEMBELA, Tn Hj. Aminudin Yahya semalam terhadap Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Dato’ Dr Madeline Berma sewaktu sesi siaran langsung program TV Alhijrah bertajuk, “Analisis: Wujudkah Hak Asasi Pekerja Seks”.

Kenyataan ini dinyatakan berikutan pembentangan Dato’ Dr Madeline Berma sebelum ini yang mencadangkan agar pekerja seks diberikan hak asasi di Malaysia agar mereka tidak lagi didiskriminasi.

Menurut Tn Hj Aminudin, terminologi pekerja seks ini telah lama dibawa oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menormalisasikan pemikiran rakyat, terutamanya orang Islam tentang mereka yang terlibat dalam aktiviti pelacuran.

“Yang kedua, kita nak deny istilah industri seks ini. Industri seks ataupun sex worker, semua terminologi-terminologi ini sebenarnya diwar-warkan sejak tahun 1970-an Dato’, oleh United Nation (UN). Jadi mereka cuba membawa ini dalam konteks cuba nak normalisasikan pemikiran rakyat terutamanya orang Islam tentang mereka-mereka yang terlibat dalam seks ini, ataupun saya nak sebut daripada sekarang sampai habis program ini sebagai pelacur.”

Mengulas mengenai perjuangan hak asasi manusia, Pengerusi PEMBELA ini mengatakan bahawa, beliau tidak faham mengapa golongan yang memperjuangkan hak asasi manusia ini hanya melihat satu aspek dalam kehidupan manusia, iaitu perspektif hak, tetapi melupakan satu aspek lagi yang sebenarnya sangat penting iaitu perspektif tanggungjawab.

“Saya hairan, kadang-kadang proponent orang yang memperjuangkan human rights, hak asasi manusia ini, dia sebenarnya hanya melihat dari aspek satu perspektif dalam kehidupan manusia iaitu hak. Tetapi mereka lupa satu aspek yang sangat penting iaitu responsibility. They always talk about rights, tapi dia lupa tanggungjawab. Yes, you ada rights untuk hidup, you ada rights untuk berkerja dan sebagainya. Tetapi apakah tanggungjawabnya? Ini yang penting.”

Tegas beliau, aktiviti pelacuran akan membawa implikasi negatif yang sangat besar kepada keluarga dan masyarakat. Jika pejuang hak asasi manusia ini hanya mahu menuntut hak asasi, tetapi mengabaikan tanggungjawab yang datang dengan tuntutan hak itu, siapa yang perlu menggalas tanggungjawab itu?

“Industri seperti ini ataupun pekerjaan seperti ini akan membawa implikasi yang sangat besar. Dan ini bukan satu kenyataan yang rambang tetapi dalam research, menyebabkan keruntuhan moral, keruntuhan institusi keluarga, menyebabkan penyakit, menyebabkan masyarakat jadi huru-hara dan sebagainya. Jadi siapa nak ambil responsibility atau tanggungjawab ini?

“Saya selalu mengatakan, orang human rights ini mereka terlupa. Mereka sibuk memperjuangkan hak mereka untuk hidup dan sebagainya, tetapi mereka tak mahu bertanggungjawab. Dia serahkan orang lain yang memegang tanggungjawab ini tetapi dia nak kira hak dia sahaja. Itu perkara bagi saya sangat kritikal-lah. Minta orang proponent kepada human rights itu faham bahawa di sana ada tanggungjawab bukan sahaja hak yang mereka patut tuntut. Jadi ini yang bagi kita tidak ada balance. Kita harap perkara ini dapat dipertimbangkan.”

Program TV Alhijrah, “Analisis: Wujudkah Hak Asasi Pekerja Seks” yang disiarkan secara langsung semalam di Facebook dan website TV Alhijrah dihoskan oleh Puan Syafinaz Yunus.

Antara barisan panel jemputan selain Tn Hj Aminudin dan Dato’ Dr Madeline Berma ialah Penyandang Kursi, Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM, Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab. Aziz dan Presiden WAFIQ, Prof Madya Dr Rafidah Hanim binti Mokhtar.

Leave a Reply

Back to top button