Antarabangsa

Jho Low Rancang Derma Puluhan Juta Kepada Kempen Politik Obama

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 04 April 2023 – Pelakon, Leonardo DiCaprio memberitahu juri Washington semalam bahawa Jho Low bercadang untuk menderma puluhan juta untuk membantu pemilihan semula Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada 2012.

Lapor berita tempatan, DiCaprio merupakan salah seorang daripada beberapa tokoh terkenal yang dikaitkan dengan Jho Low, seorang pelarian yang menghadapi pertuduhan jenayah persekutuan berasingan kerana didakwa menggelapkan 44.5 bilion daripada dana kekayaan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kata DiCaprio, Low melakukan pendedahan itu dalam satu perbualan santai mengenai parti yang disokong di mana Low menyatakan rancangannya untuk memberikan “derma yang besar” kepada Parti Demokrat yang “berharga $20-30 juta”.

BACA JUGA: JAKIM Nafi Tarikh Tular Aidilfitri 2023

BACA JUGA: Pertubuhan Islam Bantah Pembinaan Patung Mazu

BACA JUGA: Gempa Bumi 6.2 Skala Richter Melanda Utara Sumatera, Dirasai Malaysia

Difahamkan, Jho Low turut membayar selebriti Hollywood untuk berpesta dengannya, menyokong yayasan amal DiCaprio dan membantu membiayai “The Wolf of Wall Street”, filem 2013 di mana ia dibintangi DiCaprio dan dicalonkan untuk Oscar.

Namun, pada 2018, Jabatan Kehakiman mencapai penyelesaian sivil dengan syarikat penerbitan filem berkenaan dan merampas $60 juta dipercayai dicuri daripada 1MDB.

Dalam masa yang sama, pendakwa raya turut mendakwa bahawa Michel dari kumpulan hip-hop Fugees bersetuju untuk menyalurkan wang daripada Low ke dalam kempen Obama 2012 dan menyembunyikan sumber dana.

Hal ini adalah berikutan, undang-undang pilihan raya persekutuan melarang orang asing daripada menderma kepada kempen AS.

Baru-baru ini, samudera.my melaporkan bahawa sebuah mahkamah di Kuwait telah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun kepada Jho Low dan mengarahkannya memulangkan sejumlah wang bernilai RM4.4 bilion.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: