Tempatan

CPTPP: ‘Kenapa Ditandatangani Secara Diam-Diam?’ – Aktivis PPIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Januari 2023 – Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Encik Izham Nayan mempersoalkan mengapakah Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) ditandatangani secara diam-diam oleh Kerajaan, sedangkan ianya perlu diketahui oleh umum.

Tambah beliau, ini adalah kerana isu CPTPP ini adalah isu melibatkan semua pihak.

Baca juga : Harga Barang Mentah Tidak Turun, Tauke Mydin Sanggah Kenyataan Menteri

Baca juga : Acuan HDB, ‘Pecah-Perintah’ Demografi Berkiblatkan Singapura?

BACA JUGA: PPIM Gesa Pengguna Boikot Produk Sweden

Encik Izham Nayan mengutarakan persoalan tersebut ketika ditemubual oleh wartawan samudera.my. ketika penyerahan memorandum membantah ratifikasi CPTPP.

Beliau juga berkata,“Seandainya kita bangun atau kita tidur, tetap perjanjian ini akan berjalan dan kena pada semua orang.”

Justeru, beliau dengan lantang membantah perjanjian CPTPP dengan berkata “Jangan jual negara kerana negara kita adalah negara yang berdaulat.”

Dalam pada itu, Felo Kanan, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM), Ahmad Yazid Othman yang turut sama hadir ke penyerahan memorandum berkata, jangan dengan meratifikasi CPTPP ini nanti akan menjadi bukti dan tanda kecuaian dalam memperjuangkan dasar yang akan membela agama, bangsa dan tanah air negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: