Tempatan

Ulang Tahun Parti Komunis China Ke-100: MCA Ucap Tahniah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 3 Julai 2021 – Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng baru-baru ini mengucapkan tahniah kepada Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China, Song Tao sempena ulang tahun ke-100 penubuhan parti itu, lapor ismaweb.

Memuji kejayaan Parti Komunis China itu memimpin China dan warganya untuk maju, Datuk Tan Teik Cheng juga menyatakan, parti itu bukan sahaja berjaya mempromosikan pemodenan China, malah berjaya mewujudkan kehidupan bahagia untuk rakyat yang menjadi contoh kepada semua negara lain.

Mengakhiri kenyataan, Pengerusi Jawatankuasa Pusat Hal Ehwal China MCA itu berharap, kedua-dua pihak akan terus mengekalkan kerjasama erat pada masa hadapan, sambil mengukuhkan hubungan yang akan menyatukan persahabatan antara Malaysia dan China.

Pada 25 Jun 2018, MCA mengeluarkan satu kenyataan menggesa supaya penggunaan Bahasa Mandarin tidak terhad kepada Kementerian Kewangan sahaja tetapi bahasa ibunda Republik China itu harus juga diguna pakai oleh semua jabatan kerajaan.

Kenyataan ini dibuat susulan penggunaan bahasa Mandarin oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam laman rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

Dakwa MCA, oleh kerana Menteri Kewangan menekankan kepada penggunaan ‘bahasa ibunda’ sebagai hak asas berperlembagaan dan juga sebagai dasar kerajaan mengiktiraf kepelbagaian bahasa, maka mereka berharap supaya semua jabatan kerajaan juga melakukan perkara yang sama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: