Antarabangsa

Ukraine Jemput Ibu Askar Rusia Datang ‘Kutip’ Mayat Anak Mereka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UKRAINE, 06 Mac 2022 – Ukraine ‘mengejek’ Rusia dengan melancarkan sebuah laman web memaparkan gambar dan video tentera Rusia yang dibunuh atau ditawan pihak Ukraine, supaya ‘ibu mereka dapat mengecamkan mereka dan datang jemput mereka di Ukraine’.

Kementerian Dalam Negeri Ukraine menyatakan dalam laman web tersebut:

“Sekiranya saudara-mara atau rakan anda berada di Ukraine dan menyertai perang ke atas rakyat kami (Ukraine) – Di sini anda dapat ketahui nasib mereka.”

Malangnya, agak sukar untuk mengecamkan mereka yang terbunuh. Kami sengaja memuatnaik gambar dan video ini, supaya anda dapat mengecamkan mereka melalui tanda-tanda di tubuh mereka”.

Laman web tersebut disifatkan sebagai sebuah perang psikologi bagi meruntuhkan moral tentera Rusia yang sedang menyerang Ukraine.

Laman web tersebut disifatkan sebagai sebuah ejekan ke atas pihak Rusia kerana menggunakan nama “200RF”, atau lebih terkenal sebagai “Cargo 200”.

Apakah itu Cargo 200? Cargo 200 adalah ‘nama’ bagi kenderaan yang digunakan untuk mengangkut mayat tentera Soviet (kini Rusia) ketika peperangan mereka melawan Afghanistan, yang menyaksian ribuan nyawa tentera Soviet gugur.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: