NGO

UEC KHIANATI DASAR PENDIDIKAN NASIONAL DAN GUGAT PERPADUAN RAKYAT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Majlis Perundingan Melayu (MPM) memandang berat berita di portal Samudera.my yang membayangkan tidak mustahil UEC akan diiktiraf oleh kerajaan dalam Perjanjian Keyakinan dan Bekalan dengan pembangkang sebagai tawaran berkaitan sokongan yang diperlukan. Justeru MPM di sini menyatakan pendirian secara tegas, menentang sekeras-kerasnya jika hal ini benar kerana maruah negara, bahasa rasmi, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Pendidikan, Perkara 152 Perlembagaan, Akta Bahasa jelas telah terbiar, diperjudikan dan dikhianati oleh para menteri selama lebih 60 tahun.

Sepatutnya semua menteri menunjukkan teladan dengan bertanggungjawab sepenuhnya menjulang undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. Bahasa rasmi, bahasa kebangsaan bukanlah untuk dijadikan barang tawaran atau lelongan seperti di pasar malam kepada golongan yang memang diketahui umum sejak merdeka, tidak pernah bersyukur akan nikmatnya menjadi warganegara Malaysia secara kerakyatan jus soli yang tidak ada di mana-mana pun negara lain di dunia ini.

Sejak belum merdeka hingga lebih 60 tahun mereka tetap bersikap rasis, oportunis, mementingkan golongan sendiri dan bukan negara yang didiami.

Pendidikan inklusif dalam bahasa kaum sendiri yang berkiblatkan negara lain tetap dijulang dan dipertahan bermati-matian sedangkan mereka tahu di negara-negara jiran terdekat, keturunan yang sama akur dan tahu pula menghormati bumi yang dipijak.

Sikap golongan tersebut jelas menunjukkan biadapnya mereka selama lebih 60 tahun terhadap bahasa rasmi negara yang turut terakam dalam 7 wasiat Raja-Raja Melayu dan dilindungi di bawah naungan Raja-Raja Melayu seperti termeterai dalam Perlembagaan dan tidak sekali-kali boleh diubah tanpa perkenan
Majlis Raja-raja.

Jelas hati budi mereka yang buta perut dan mungkin tidak layak menjadi warganegara ini jika mereka tidak berubah. Kerajaan sepatutnya sedar akan percanggahan dan kesan buruk UEC ini. Justeru janganlah kita dikatakan bodoh dan bacul dengan membiarkan pengkhianatan terhadap maruah bahasa, bangsa, negara dan undang-undang tertinggi iaitu Perlembagaan sendiri berterusan mungkin 600 tahun lagi dengan mengiktiraf UEC ini.

Sekurang-kurangnya ada 11 sebab untuk tidak diiktiraf UEC ini:

1. Sukatan pelajaran berkiblatkan Taiwan dan terdapat banyak fakta yang salah.

2. Tidak patuh Dasar Pendidikan Kebangsaan.

3. Memperlekeh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan Perkara 152.

4. Tidak guna dan berdegil untuk tidak guna bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

5. Bahasa Melayu diajar menggunakan Mandarin.

6. Selama 60 tahun pelajar Cina gagal kuasai bahasa rasmi negara berbanding Cina di Thailand, Indonesia dan lain-lain yang menguasai bahasa rasmi negara yang mereka diami dalam masa yang sangat singkat.

7. Sukatan dan kandungan subjek Bahasa Melayu dan Sejarah bercanggah dengan sukatan SPM.

8. Semangat patriotisme Dong Zong diragui kerana sukatan subjek Sejarah terlihat lebih cenderung mengutamakan nilai negara Taiwan berbanding negara Malaysia sendiri.

9. Tidak adil kepada ribuan pelajar Tionghua sendiri yang rela dan mengikuti pendidikan di sekolah kebangsaan di samping pelajar Melayu dan India.

10. Umumnya berkemungkinan besar untuk mereka menambah monopoli kerjaya bagi sektor awam dan swasta.

11. Tidak dikawal selia oleh badan berwibawa seperti Lembaga Peperiksaan atau Majlis Peperiksaan Malaysia.

Justeru UEC bukan sahaja tidak patut diiktiraf malah sepatutnya dibatalkan terus. Membiarkan UEC beroperasi selama lebih 60 tahun dengan penuh kesilapan dan “kemungkaran” adalah satu kecuaian, kesilapan pemimpin yang tidak boleh dimaafkan sama sekali.

Kamal Shukri Abdullah Sani,
Ketua Kluster Majlis Perundingan Melayu (MPM)

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: