Tempatan

Ucapan Tahniah Daripada Kepimpinan Politik Kepada Ismail Sabri

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 20 Ogos 2021 – Pihak kepimpinan negara dan politik mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Ke-9.

Bekas PM Ke-6, Najib Tun Razak mengucapkan selamat berkhidmat kepada Ismail Sabri.

“Selamat berkhidmat kepada YAB PM Ke-9 Malaysia.”

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seluruh Raja-Raja Melayu atas pelantikan PM Ke-9.

“Syukur Alhamdulillah Tahniah YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan setinggi-tinggi Penghargaan Menjunjung Kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan seluruh Raja-Raja Melayu.”

“Presiden dan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi serta ahli-ahli UMNO seluruh negara mengucapkan tahniah kepada YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Kesembilan.”

Bekas Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin juga menyatakan perkara sama.

“Tahniah YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-9.”

Pemuda Perikatan Nasional juga menyatakan ucapan tahniah dan berharap Ismail Sabri dapat menggalas tanggungjawab dengan penuh amanah.

“Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. Semoga dapat menggalas tanggungjawab ini dengan penuh amanah.”

Bekas Menteri Luar Negeri, Hishammuddin Hussein pula menyatakan akan membantu sebaiknya demi negara.

“Tahniah YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang telah diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.”

“Saya telah sebut beberapa hari lepas, perkara terpenting yang negara perlukan ketika ini ialah kestabilan. Ia demi membolehkan negara kembali menumpukan terhadap usaha menangani krisis #COVID19, memulihkan ekonomi serta membela kesejahteraan rakyat.”

“InsyaAllah, saya akan bantu sebaiknya menerusi apa jua kapasiti yang saya ada demi kepentingan negara tercinta.”

“Selamat menjalankan amanah Dato’ Sri. Semoga Allah SWT merahmati ketentuan ini. Amin Ya Rabbal Alamin”

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Pa berkata, “Tahniah YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Semoga diberkati dan dirahmati Allah SWT.”

Dan bekas Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican mendoakan kesejahteraan kepada Ismail Sabri dalam menerajui pentadbiran negara.

“Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sekalung tahniah diucapkan kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang telah dipilih dan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

“Semoga Allahu Taala melimpahkan rahmat, kesejahteraan dan segala kemudahan kepada YAB Dato’ Sri dalam menerajui pentadbiran negara. Insya Allah. A’la Bi Iznillah.”

Seri Paduka Baginda hari ini telah berkenan melantik Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Ahli Parlimen Bera) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan pada 21 Ogos 2021 (Sabtu), jam 2.30 petang di Istana Negara.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button