Tempatan

Ucapan RIP Mustafa Akyol: Menteri Agama Saran Ikut Pandangan Mufti

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 September 2022 – “Kita pakai pandangan mufti kita,” tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ustaz Hj Idris Ahmad dalam mengulas mengenai pendapat penulis kontroversi, Mustafa Akyol bahawa orang Islam boleh mengucapkan “RIP” bagi melahirkan takziah kepada kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia.

Kata Datuk Ustaz Hj Idris lagi, umat Islam di negara ini perlu mengikut pandangan mufti dan ulama tempatan berhubung ucapan “Rest in Peace” atau RIP kepada orang bukan Islam yang meninggal dunia.

Baru-baru ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menegaskan bahawa seseorang Muslim tidak boleh berdoa memohon keampunan bagi orang bukan Islam kerana itu termaktub di dalam nas yang jelas.

Ucapan “R.I.P” atau “Rest in Peace” merupakan doa yang dibacakan oleh orang bukan Islam, maka umat Islam dilarang daripada mengucapkannya.

Para ulama fiqh bersepakat bahawa perbuatan memohon keampunan bagi orang yang mati dalam keadaan bukan islam atau kafir adalah dilarang.

Bahkan ada pendapat yang lebih keras mengatakan individu yang memohon keampunan bagi orang kafir juga turut dihukum kafir.

Walau bagaimanapun, Islam membenarkan penganutnya untuk mengucapkan ucapan takziah kepada ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan yang kematian orang terdekat tanpa mengira agama dan bangsa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: