Tempatan

Ubat Kanser Kurang Kerana Nilai Ringgit Lemah – Dr Murallitharan Munisamy

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2022 – Kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat merupakan antara punca yang menyumbang kepada masalah kekurangan ubat kanser terutamanya di pusat penjagaan kesihatan Kerajaan, kata Dr Murallitharan Munisamy, Pengarah Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

Jelasnya, pandemik COVID-19 merupakan punca utama kekurangan stok ubat ini ditambah pula dengan beberapa punca lain.

Ujarnya seperti dilaporkan The Malaysian Insight, perolehan ubat untuk Kerajaan sentiasa melalui tender.

“Syarikat farmaseutikal akan buat tender kepada Kerajaan pada harga tertentu tetapi kerana harga yang ditender dan harga sekarang mungkin berbeza susulan turun naik ringgit kepada AS$. Jadi, ada syarikat yang mungkin mengalami kerugian.”

“Oleh itu, syarikat farmaseutikal akan guna alasan seperti tiada stok, tidak boleh bawa masuk ubat dan lain-lain, tetapi sebenarnya mereka sedang tunggu harga ditetapkan, ” jelasnya dengan lebih lanjut.

Selain kelemahan nilai Ringgit Malaysia, isu bekalan dan konflik Rusia-Ukraine juga antara punca kekurangan stok ubat.

Menurut Dr Murallitharan, gangguan bekalan stok ubat ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

“Kita tahu banyak bahan mentah ubat datang dari India dan China. Kedua-dua negara ini berhadapan kekurangan bekalan akibat COVID-19 kerana ada sekatan dan isu lain. Jadi, ia menjejaskan pengeluaran yang seterusnya menjejaskan jumlah ubat untuk dieksport.”

“Selain itu, banyak gangguan rantaian bekalan global akibat perang (Rusia-Ukraine), walaupun ia tidak kelihatan seperti itu.”

Beliau juga mendakwa bajet untuk kanser telah dikurangkan bagi membiayai pengurusan berkaitan COVID-19.

“Kami rasa kerana COVID-19, banyak wang telah dan sedang dibelanjakan untuk penyakit berjangkit.”

“Kita tahu hospital terima pukulan dari segi wang yang dikeluarkan. Jadi, apabila ada pemotongan bajet, ia akan sentiasa melanda penyakit tidak berjangkit, seperti kanser kerana rawatan kanser mahal.”

“Kita tahu perkara ini berlaku tetapi jangan harap perkara ini akan pulih dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang,” ujarnya.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang berkata, farmasi dalam negara sedang mengalami kekurangan bekalan ubat, malah ada yang sudah kehabisan stok ubat, berkemungkinan disebabkan oleh penularan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) yang semakin berleluasa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: