Antarabangsa

Ubat Batuk Buatan India Mungkin Penyebab Maut: WHO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GENEVA, 07 Oktober 2022 – Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan kenyataan bahawa ubat batuk India dikhuatiri menjadi punca kepada 66 kematian yang berlaku di Gambia baru-baru ini, menurut laporan agensi berita antarabangsa.

WHO turut mengeluarkan amaran produk perubatan dengan mengarahkan pengawal selia untuk mengeluarkan produk dari Maiden Pharma dari pasaran.

Amaran produk itu meliputi empat produk iaitu Promethazine Oral Solution, Kofexmalin Baby Cough Syrup, Makoff Baby Cough Syrup dan Magrip N Cold Syrup.

Lapor agensi berita itu lagi, produk itu berkemungkinan diedarkan menerusi pasaran gelap dan setakat ini, ia hanya dikenal pasti di Gambia, menurut ulasan WHO.

Kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang menjalankan siasatan terhadap pengawal selia dan pembuat ubat berkenaan iaitu Maiden Pharmaceuticals Ltd yang berpangkalan di New Delhi.

Bagaimanapun, Maiden Pharma enggan mengulas lanjut mengenai amaran terbabit. Malahan, panggilan telefon serta mesej kepada Ketua Pengawal Ubat India juga tidak dijawab, diikuti Kementerian Kesihatan Gambia dan India yang turut tidak memberikan tindak balas segera dalam memberi ulasan.

Berdasarkan pengesahan daripada analisis makmal, terdapat jumlah dietilena glikol dan etilena glikol yang “tidak boleh diterima” di mana ia berpotensi menyumbang toksik apabila dimakan.

September lalu, Kerajaan Gambia mengarahkan penggantungan penjualan semua jenama sirap paracetamol susulan puluhan kes kematian kanak-kanak di negara itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: