Antarabangsa

Ubat Batuk Beracun: Firma India Terkait Kematian Di Cameroon, Diarah Henti Pengeluaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 04 Ogos 2023 – Firma farmasi di India, Riemann Labs diarahkan untuk menghentikan pengeluaran sirap ubat batuknya yang dikaitkan dengan kematian kanak-kanak di Cameroon.

Lapor sebuah agensi berita antarabangsa, Menteri Negara untuk Kesihatan (MoS), Bharati Pravin Pawar memaklumkan bahawa badan tertinggi kerajaan telah memutuskan agar pengeluaran ubat tersebut dihentikan.

BACA JUGA: Menteri PKR Berucap Di Masjid, JAIS Masih Siasat

BACA JUGA: Pencemaran Bau: Murid, Guru Dan Pekerja Kantin Muntah, Pening

BACA JUGA: Melaka Umum Bantuan Khas Penghargaan RM300 Buat Penjawat Awam Negeri

Pada 19 Julai lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran bahawa dapatan analisis mengenai sirap batuk yang dibekalkan di Cameroon mengandungi “jumlah dietilena glikol yang tidak boleh diterima sebagai bahan cemar”.

Terdahulu, dalam satu laporan dari portal berlainan menyatakan bahawa 12 kanak-kanak telah meninggal dunia di Cameroon sejak beberapa bulan lalu dan pihak berkuasa mengaitkan kematian tersebut dengan sirap ubat batuk yang didakwa dibuat di India.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: