Tempatan

Kelantan Berkonsert Boleh Musnahkan Musuh Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 22 September 2022 – Konsert yang dibenarkan di Kelantan dipercayai dapat melemahkan musuh Islam walaupun ia mungkin tidak menepati keseluruhan kehendak syariah, kata seorang penulis dalam laman Facebook miliknya.

Mohd Nasir berkata, hiburan dalam bentuk terkawal sedikit sebanyak dapat merubah cara hidup masyarakat, walaupun bukan menurut Islam secara keseluruhannya tetapi masih juga menjadikan mereka lebih baik.

“Antara syarat kemasukan ke konsert, penonton wanita mestilah bertudung, dipisahkan tempat duduk mengikut gender dan bagi yang berkeluarga, ditempatkan di tengah-tengah dan lagu-lagu yang dinyanyikan pula tidak melampau.”

“Konsert yang diatur menurut sempadan yang ketat sebegini, diharap menjadi asbab kepada sesuatu yang lebih baik. Lebih ramai dalam masyarakat menjadi bagus, peka kepada agama, membenci nilai songsang, maka akan bertambahlah jumlah insan-insan yang menerima Islam dalam kehidupannya,” jelasnya.

Baginya kesederhanaan itu, memberikan gambaran keindahan Islam.

“Ia bukan setiap hari atau mingguan, tetapi sekali sekala sahaja.”

Dalam pada itu, Nasir juga mempersoalkan mengapa konsert sedemikian diperdebatkan dan dipersoalkan.

Nasir menyifatkan, mereka yang mengkritik itu adalah golongan yang tidak mahu dikawal agama.

Menurutnya, evolusi kesenian mengikut landasan Islam itu sepatutnya diterima masyarakat.

“Orang Islam, bukan jenis gilakan hiburan, berpada-pada, tetapi jika mahu dibuat, buatlah dalam lingkup kawalan,” nasihatnya.

Tegasnya, apabila Islam sudah bertapak kukuh dalam dirinya, maka musuh Islam akan semakin lemah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: