PRU-15

Ubah Budaya Balik Kampung Kepada Mengundi Di Tempat Mastautin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEREMBAN, 17 Oktober 2022 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani berkata, setiap individu sepatutnya mengundi di tempat mereka bermastautin atau tempat mereka bekerja.

Tambah beliau, orang ramai perlu mengubah budaya pulang ke kampung untuk mengundi setiap kali pilihan raya dan kebaikannya mereka mudah untuk pergi mengundi dan tidak perlu melalui perjalanan berjam-jam pulang ke kampung.

Beliau turut membangkitkan isu Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak dibubarkan serentak dengan Kerajaan Persekutuan kerana ia akan menyusahkan rakyat disebabkan mereka perlu keluar mengundi kali kedua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Dalam menyelesaikan isu ini, saya sarankan individu yang perlu pulang ke kampung untuk mengundi buat permohonan tukar alamat mengundi mereka selepas pilihan raya Parlimen supaya tak perlu pulang dua kali untuk mengundi pada pilihan raya DUN pula.”

“Kita perlu menghormati pandangan Kerajaan Negeri atas alasan mahu menjaga kebajikan rakyat kerana risau akan banjir dan sepatutnya rakyat juga ada sikap prihatin dalam isu ini,” ujar Datuk Mohamad Taufek.

Selain itu, beliau juga berpendapat adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mengundi di tempat tinggal mereka terutama bagi mereka yang telah bermastautin di situ, sekali gus memudahkan wakil rakyat menyalurkan bantuan kepada mereka kerana biasanya antara prosedur digunakan ialah melihat individu itu mengundi di mana.

Justeru, Datuk Mohamad Taufek memaklumkan berkenaan syarat penukaran alamat tempat mengundi adalah dengan menukar alamat pada kad pengenalan terlebih dahulu dan proses itu kini lebih mudah dan cepat.

Susulan pembubaran Parlimen baru-baru ini, buat pertama kali dalam sejarah negara, Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkemungkinan berdepan dengan konflik dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri apabila cadangannya supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar serentak tidak disambut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: