UAE Lapor Ramadan Tahun Ini Hanya 29 Hari
ABU DHABI, 07 April 2023 – Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan Ramadan tahun ini hanya selama 29 hari.
Menurut Pusat Astronomi Antarabangsa UAE, negara-negara Islam dijangka melihat hilal Syawal pada Khamis, 20 April ini.
“Negara-negara Islam dijangka melihat hilal Syawal pada hari Khamis, 20 April. Melihat hilal pada hari itu mungkin tidak dapat dilakukan dengan mata kasar atau dengan teleskop daripada di seluruh Asia dan Australia, sementara ada kemungkinan ia boleh dilihat dari bahagian dunia Islam.”
BACA JUGA: Keputusan Representasi Kedua Pengasas Crackhouse Comedy Club 31 Mei Ini
BACA JUGA: Bersekongkol Dengan Geng Plastik Hitam, 2 Wanita Ditahan
BACA JUGA: Tiada Insiden Panik Hari Raya Mengejut Tahun Ini – Pakar Falak
“Dalam keadaan sedemikian, kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan bulan pada hari berikutnya, dan oleh itu, banyak negara dijangka mengumumkan hari Jumaat, 21 April sebagai hari pertama Aidilfitri.”
Terdahulu, Kesatuan Antarabangsa untuk Astronomi dan Sains Angkasa UAE mengumumkan bahawa Ramadan di negara itu bermula pada hari Khamis, 23 Mac 2023.
Samudera.my baru-baru ini melaporkan, pakar falak terkenal tanah air, Hanafiah Abdul Razak berkata, pengumuman raya Aidilfitri di Malaysia tahun ini dijangka tidak akan menimbulkan suasana panik seperti tahun lalu, kerana, anak bulan Syawal tiba-tiba kelihatan kemungkinan besar tidak terjadi pada kali ini.
Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa penetapan tarikh 1 Syawal tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada 20 April depan.