Tempatan

Bimbang, Penduduk Seru Batalkan Projek Kuari Gunung Baling & Gunung Pulai

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BALING, 12 Jun 2023 – Penduduk yang tinggal di sekitar Gunung Baling dan Gunung Pulai Zahir kebimbangan sekali gus menyeru kerajaan Negeri untuk membuat pertimbangan membatalkan projek kuari di kawasan tersebut.

Dakwa Pengerusi Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera (GRASS), Mohd Sobri Ramlee, projek tersebut yang terletak kira-kira 500 meter dari kawasan kediaman telah mendapat kelulusan awal Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

BACA JUGA: Stadium Shah Alam Akan Diroboh Oktober Ini

BACA JUGA: Dijangka Sehingga Julai, Orang Ramai Dinasihat Bersiap-Siaga Hadapi El Nino

BACA JUGA: JAKIM Sangkal Dakwaan Sijil Halal Mahal, Hanya RM200

Ia mendapat bantahan kerana dibimbangi akan memberi kesan kepada penduduk di situ selain berkemungkinan akan menjejaskan mati pencarian dan merosakkan alam sekitar.

Memetik berita tempatan, biarpun bantahan telah berlaku sejak 2018, projek tersebut kelihatannya akan dihidupkan semula di bawah pimpinan kerajaan kini.

Untuk rekod, kawasan tersebut mempunyai nilai sejarah dan arkeologi di mana artifak menunjukkan pendudukan manusia di kawasan tersebut kira-kira 16,000 hingga 17,000 tahun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: