Antarabangsa

Twitter Gerakkan Propaganda Ketenteraan AS Di Timur Tengah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CALIFORNIA, 22 Disember 2022 – Twitter sedang giat menggerakkan propaganda aktiviti ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, lapor berita antarabangsa.

Walaupun gergasi media sosial itu berjanji untuk menghentikan kempen yang berselindung di bawah pengaruh kerajaan, mereka tetap membenarkan akaun palsu membawa naratif pro-AS dan membantu operasi ketenteraan Barat.

Siasatan oleh seorang wartawan, Lee Fang, mendedahkan, Twitter secara rahsia mencipta ‘whitelist’ khas yang mengecualikan akaun kendalian Komando Pusat Tentera AS (CENTCOM) daripada senarai spam dan penyalahgunaan sekali gus membenarkan keterlihatan yang lebih luas pada platform tersebut.

Ciri-ciri itu diperkenalkan oleh Twitter secara sembunyi pada 2017 selepas pegawai AS meminta syarikat itu meningkatkan keterlihatan 52 akaun bahasa Arab yang digunakan untuk menggerakkan mesej-mesej tertentu.

CENTCOM menggunakan akaun-akaun itu bagi mempromosikan maklumat yang menyokong naratif ketenteraan AS, termasuk kritikan terhadap Iran, sokongan perang AS-Arab Saudi di Yaman dan dakwaan tentang ketepatan serangan dron negara Barat.

Susulan itu, mereka menggunakan gambar profil dan latar belakang palsu untuk memaparkan kononnya akaun itu milik rakyat di Timur Tengah.

Ujar Lee Fang, Twitter sedar kewujudan aktiviti rahsia CENTCOM dan bertolak ansur dengan perbuatan mereka sehingga sekurang-kurangnya Mei 2022.

Tambahnya, “Seorang pegawai Twitter yang bercakap dengan saya berkata dia berasa tertipu dengan peralihan rahsia. Namun begitu, banyak e-mel sepanjang tahun 2020 menunjukkan bahawa eksekutif Twitter di peringkat atasan menyedari kewujudan rangkaian luas akaun palsu dan propaganda rahsia DoD (Jabatan Pertahanan) dan tidak menggantung akaun tersebut.”

“Sebagai contoh, peguam Twitter, Jim Baker dalam e-mel Julai 2020 menyatakan, tentang mesyuarat DoD yang akan datang, bahawa Pentagon menggunakan “tradecraft yang lemah” dalam mempersiapkan rangkaiannya, dan sedang mencari langkah untuk tidak mendedahkan akaun yang dikaitkan kepada satu sama lain atau kepada DoD atau USG (kerajaan persekutuan Amerika Syarikat).”

Pendedahan wartawan ini merupakan siri cerita ‘Fail Twitter’ yang membongkarkan dokumen dalaman syarikat tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Elon Musk mengeluarkan dokumen berkenaan sebagai usaha meningkatkan ketelusan operasi Twitter di bawah pengurusan lama yang didakwa menapis kandungan dan memihak kepada golongan liberal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: