Tempatan

Mahkamah Persekutuan Putuskan Anak Luar Nikah Layak Warisi Harta Bapa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 19 Januari 2023 – Mahkamah Persekutuan semalam sebulat suara memutuskan bahawa anak luar nikah bukan Islam berhak mewarisi harta pusaka ibu bapanya yang meninggal dunia tanpa wasiat.

Hakim Mary Lim memutuskan perkara ini ketika membenarkan rayuan seorang wanita berusia 21 tahun yang berbapakan seorang ahli perniagaan kaya, namun bapa tersebut tidak berkahwin secara sah dengan ibunya.

BACA JUGA: Kerajaan Negeri Pahang Dedah Senarai ‘Datuk’, ‘Datuk Seri’ Palsu

BACA JUGA: Bencana Demam Babi Afrika Tidak Jejas Bekalan Babi – Ketua Menteri Pulau Pinang

BACA JUGA: “It’s just kissing”, Pengasas Bersama Undi18 Pertahan Filem “Pulau”

Menurut laporan sebuah portal tempatan, ketika membacakan keputusan itu, Hakim Mary Lim berkata, perkataan “zuriat/ keturunan” (issues) dalam Akta Pembahagian 1958 mesti merangkumi anak yang mempunyai pertalian darah dengan ibu bapa yang telah meninggal dunia, tanpa mengira kesahannya.

Isu penting dalam rayuan tersebut adalah sama ada “anak” dan “zuriat/ keturunan” (issues) yang dinyatakan dalam Akta Pembahagian perlu dibaca secara tidak berdiskriminasi seiring Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan itu menyatakan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang, dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Dalam keputusan semalam, turut bersidang ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli, dan Hakim Hasnah Hashim.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: