Antarabangsa

Twitter Bakal Kenakan Cas Bulanan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SAN FRANCISCO, 01 November 2022 – Twitter, media sosial paling berpengaruh di dunia berkemungkinan mengenakan bayaran bulanan untuk tanda semak biru (Blue Verification) bagi mengesahkan identiti pemegang akaun.

Menurut laporan media, pengguna perlu melanggan Twitter Blue dengan harga AS$19.99 (RM 94.60) daripada nilai terdahulu, AS$4.99 (RM23.60) atau mereka akan kehilangan tanda “disahkan” tersebut.

Twitter Blue dilancarkan sebagai perkhidmatan langganan pertama platform dan menawarkan “akses eksklusif kepada ciri premium” dengan asas langganan bulanan, termasuk pilihan untuk mengedit tweet.

Ketua Twitter yang juga pemilik Tesla, Elon Musk memaklumkan seluruh proses pengesahan sedang dirombak dan keputusan perancangan tersebut belum dimuktamadkan, maka ia masih boleh dibatalkan walaupun media antarabangsa mendapati, perancangan tersebut mungkin akan tetap menjadi sebahagian daripada Twitter Blue.

Samudera.my sebelum ini melaporkan kejayaan individu terkaya dunia itu yang kini memiliki Twitter secara rasmi selepas perjanjian bernilai $44bn (RM206 bilion).

Beliau dikatakan membeli Twitter bagi membantu kemanusiaan, bukan kerana wang.

“Sebab saya memperoleh Twitter kerana adalah penting untuk masa depan tamadun mempunyai dataran bandar digital yang sama, di mana pelbagai kepercayaan boleh dibahaskan dengan cara yang sihat, tanpa menggunakan keganasan. Pada masa ini terdapat bahaya besar bahawa media sosial akan berpecah kepada sayap kanan dan sayap kiri yang boleh mencetuskan lebih banyak kebencian dan memecahbelahkan masyarakat kita.

Itulah sebabnya saya membeli Twitter,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: