Turkiye Tamat Operasi SAR, Kecuali Dua Wilayah
ANKARA, 20 Februari 2023 – Setelah hampir dua minggu berlaku tragedi gempa bumi teruk, Turkiye telah menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di semua wilayah negara itu, kecuali dua wilayah.
“Di kebanyakan wilayah kami, usaha mencari dan menyelamat telah selesai,” kata Ketua Agensi Bencana, Yunus Sezer kepada akhbar antarabangsa.
BACA JUGA: Kerajaan Bakal Bincang Isu Pampasan Untuk Penternak Babi Terkesan Wabak ASF
Pencarian mangsa masih diteruskan di kawasan Kahramanmaras dan Hatay melibatkan sekitar 40 bangunan, namun harapan untuk mencari mangsa masih hidup di bawah runtuhan semakin tipis, jelasnya.
BACA JUGA: Pembantu MP ‘Dihalau’ Keluar, Pakai Skirt Pendek Terbelah Ke Parlimen
Gempa bumi berkenaan berpusat di Kahramanmaras dan mengakibatkan lebih 44,000 nyawa maut di tenggara Turkiye dan utara Syria. Angka kematian dijangka meningkat kerana kira-kira 345,000 pangsapuri telah musnah dan ramai masih hilang.
Sementara itu, dilaporkan, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken telah tiba di Turkiye buat pertama kali bagi menunjukkan sokongan. Kedatangannya itu bersama-sama bantuan kemanusiaan bernilai $100 juta.
BACA JUGA: 5 Maut Diserang Rejim Zionis, Syria Minta Bantuan Dunia Untuk Hentikan
Tambah Blinken, dia akan pergi ke Hatay untuk melihat usaha kemanusiaan. Bagaimanapun, usaha membawa bantuan ke Syria adalah ‘sangat, sangat mencabar’.