Antarabangsa

Turkiye Sasar Untung $100 Bilion Perdagangan Dengan Rusia – Erdogan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ANKARA, 09 JULAI 2024 – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Rabu lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa Ankara dan Moscow akan terus memperkasakan hubungan ekonomi dengan tujuan untuk meningkatkan keuntungan tahunan mereka kepada $100 bilion.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Erdogan sewaktu beliau bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sewaktu dalam sidang kemuncak Shanghai Cooperation Organization (SCO) di ibu negara Kazakh.

Dalam kenyataan yang sama, Erdogan turut menyatakan bahawa kedua-dua pihak, Turki dan Rusia yakin bahawa mereka dapat mencapai sasaran dalam menggandakan jumlah tersebut.

Ujarnya lagi, “Kini, jumlah perdagangan adalah $55 bilion”.

Manakala Putin pula telah membuat kenyataan bahawa hubungan di antara dua negara tersebut telah berkembang secara konsisten walaupun keduanya menghadapi situasi global yang sulit.

Pada tahun lalu, kedua pemimpin tersebut telah bersetuju untuk menggalakkan lagi pelaburan bersama dan membantu perniagaan kedua-dua negara dalam memasuki pasaran masing-masing.

Mereka juga sebelum ini telah bersetuju untuk menggunakan matawang Rusia dalam pembayaran bagi perdagangan dua hala, termasuklah bagi bayaran untuk bekalan gas alami dari Rusia.

Kedua-dua negara itu juga kini sedang bekerjasama dalam beberapa inisiatif yang berkaitan dengan eksport dan telah membuat perancangan untuk membina hubungan dalam sektor tenaga.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: