Antarabangsa

Turki Gertak Mahu Sekat Telegram – Media

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 13 OGOS 2024 – Turki berkemungkinan akan mengambil langkah menyekat Telegram berikutan kegagalan aplikasi tersebut untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa negara itu.
 
Perkara tersebut yang telah dilaporkan oleh media Takyim turut disertakan dengan laporan bahawa syarikat pemilik aplikasi komunikasi tersebut telah bertindak mengabaikan lebih daripada 1,000 notifikasi yang telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi Turki (BTK).
 
Pada Sabtu lalu, Ankara telah menyatakan bahawa pihak mereka telah mengembalikan semula akses kepada sebuah lagi laman media sosial yang popular, Instagram setelah laman tersebut menerima sekatan selama sembilan hari berikutan kes yang berkenaan dakwaan penapisan.
 
Turki sebelum ini juga telah bertindak menyekat beberapa laman serta platform media sosial. Pada 2014, mereka telah bertindak menyekat Twitter dan Youtube masing-masing selama dua minggu dan dua bulan.
 
Manakala Wikipedia pula turut mengalami sekatan pada tahun 2017, sehinggalah sekatan tersebut ditarik balik pada tiga tahun berikutnya.
 
Menerusi sebuah laporan pada Ahad lalu, Takyim telah mendakwa bahawa BTK telah menghubungi pihak Telegram dan menuntut agar platform tersebut menutup beberapa saluran yang berkaitan dengan dadah serta kandungan lucah.
 
Laporan yang sama juga menyatakan bahawa aplikasi tersebut setakat ini menolak untuk mendedahkan identiti pelanggan serta pengendali saluran-saluran tersebut kepada pihak berkuasa Turki.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: