Tempatan

Tuntutan Sulu: Kerajaan Malaysia Tidak Akan Sekali-Kali Serahkan Sabah Kepada Filipina

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2022 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tengku Jaafar pada hari ini telah menyatakan bahawa Sabah tidak akan sama sekali diserahkan kepada Filipina.

Beliau turut membuat kenyataan bahawa Kerajaan Malaysia akan sentiasa mempertahankan integriti kedaulatan wilayahnya.

Kenyataan tersebut dibuat bagi menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin di persidangan Parlimen pada 6 Oktober lalu mengenai pertikaian melibatkan tuntutan Sulu terhadap negeri Sabah.

Menurut menteri tersebut, tuntutan Sulu itu adalah merupakan sebuah tuntutan persendirian dan tiada sebarang kaitan dengan isu kedaulatan.

Berkenaan dengan kemenangan di Paris atau Paris Award pula, menurut menteri tersebut ianya adalah sebuah tuntutan yang bersifat persendirian kerana ianya dibuat oleh mereka yang mengaku sebagai waris kesultanan Sulu, dan bukan dibuat oleh kerajaan Filipina yang sah.

Menurutnya lagi, penuntut dari pihak Sulu itu menggunakan proses timbang tara yang melibatkan mekanisma undang-undang antarabangsa persendirian bagi menyerang kepentingan kedaulatan Malaysia di luar negara.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan Paris telah meluluskan permohonan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award yang dikeluarkan Dr Gonzalo Stampa pada Febuari lalu. Ini berikutan tuntutan sebuah pihak yang mendakwa sebagai waris kepada kesultanan Sulu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: