Tempatan

e-Muallaf inisiatif JAKIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 31 Mac 2022 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyasarkan penggunaan sistem pengkalan data mualaf, e-Muallaf diperluaskan ke seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Sistem yang dibangunkan sejak tahun 2013 itu merupakan inisiatif penting JAKIM bagi mengumpul data mualaf.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, sehingga sekarang seramai 58,670 mualaf dari tujuh buah negeri telah direkodkan di dalam sistem berkenaan.

Negeri yang dimaksudkan itu adalah Wilayah Persekutuan, Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Sistem itu digunakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) untuk menyemak nama dan status agama serta boleh digunakan untuk pengesanan jenazah selain memudahkan penyaluran bantuan dan bimbingan.

Jelasnya, sebelum ini, banyak laporan mengenai perebutan jenazah mualaf antara keluarga dan JAIN yang berlaku berikutan rekod pengislaman yang tidak jelas dan pendaftaran nama dan perkara berkaitan yang tidak mengikut proses undang-undang.

“Kita juga telah bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) agar sistem ini boleh digunakan oleh mereka,” katanya selepas merasmikan Simposium Guru Mualaf Peringkat Kebangsaan pada Selasa selepas.

Sementara itu, katanya, simposium yang pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan itu menjadi platform pertukaran pengalaman guru-guru mualaf yang mana membolehkan para guru mendapat input dan membuat persediaan untuk memimpin rakan mualaf yang lain.

Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat 315 guru kelas fardhu ain mualaf di seluruh negara yang terdiri daripada kaum Cina, India, Sikh, Iban, Orang Asli dan Dusun yang telah lama memeluk agama Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: