Tempatan

Muhamad Hisham Marzuki Presiden PPMM Baharu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan kali ke-36 pada 19 Mei 2023 di Kuala Lumpur.

Pada mesyuarat kali ini ahli-ahli telah sebulat suara memilih Muhamad Hisham Bin Marzuki sebagai Presiden PPMM bagi sesi 2023/2025 ini setelah mantan Presiden Datuk Zainul Rijal Abu Bakar tidak menawarkan diri bertanding.

Selain daripada Muhamad Hisham, ahli jawatankuasa lain yang dipilih adalah:

Timbalan Presiden: Muhammad Hariz Md Yusof

Naib Presiden:
1. Aidil Khalid
2. Yusmawa AbLah
3. Fasihatun Najah Mohd Bakri

Selain daripada itu enam orang exco juga terpilih menduduki jawatan tersebut iaitu:

1. Khairul Naim Rafidi
2. Shazril Khairy Mustapha
3. Mohamad Amirnizam bin Azmi
4. Muhamad Irfan bin Shafie
5. Nur Adeeba Ainaa Mohd Noor Rashid
6. Nur Fatin Syakinah binti Kamarudin

Menurut Perlembagaan PPMM, Jawatankuasa di atas akan melantik Setiausaha Agong, Bendahari Kehormat dan maksimum 3 Exco lantikan dalam masa terdekat.

Selain daripada usul pindaan Perlembagaan PPMM yang diluluskan, mesyuarat tersebut juga antara lain sebulat suara meluluskan usul mencabar pihak-pihak yang terlibat menyokong dan membantah penarikan balik rayuan kes Jill Ireland (Kes Kalimah Allah No 2) berdebat di suatu tempat yang neutral tentang kesan penarikan balik rayuan tersebut termasuk pemimpin Kerajaan yang memberi pelbagai alasan tidak munasabah tentang kesan penarikan balik rayuan tersebut.

Jawatankuasa PPMM sesi 2023/2025 juga mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada jawatankuasa terdahulu khususnya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, mantan Presiden PPMM yang telah membawa PPMM pada tahap yang sangat membanggakan.

Muhamad Hisham Marzuki
Presiden PPMM Sesi 2023/2025
19 Mei 2023
60133253661

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: