Tempatan

Tundukkan Pandangan Jika Tak Puas Hati Baju Jururawat Ketat – MP Tebrau

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Jun 2023 – “Jika anda tidak boleh menerimanya, jangan pandang,” kata Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah kepada Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor dalam isu pakaian seragam jururawat.

Kenyataan ini dilemparkan selepas Wan Razali membangkitkan isu mengenai pakaian seragam jururawat wanita yang didakwanya sebagai ‘ketat’.

BACA JUGA: Fatwa Putuskan Vape Haram – Menteri Agama

BACA JUGA: Kegiatan Judi Belangkas Diserbu, 20 Ditahan

BACA JUGA: Imigresen Gempur Pasar Borong Selangor, 35 PATI Diberkas

Ujarnya, pesakit yang yang dimasukkan ke hospital hanya memikirkan tentang kesihatan mereka, bukannya memerhatikan pakaian jururawat.

“Pesakit yang dimasukkan ke hospital hanya fikirkan tentang kesihatan mereka, tiada sesiapa yang waras yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebaliknya memerhatikan pakaian jururawat.”

Dalam masa sama, Jimmy Puah menggesa Wan Razali menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada jururawat di Malaysia apatah lagi dalam keadaan di mana negara kini kekurangan tenaga kerja tersebut akibat masalah brain drain.

“Kita seharusnya menghargai pengorbanan dan usaha yang disumbangkan oleh jururawat dalam menyelamatkan nyawa dan berkhidmat kepada negara dan bukannya mempersoalkan pakaian mereka.”

“Namun jururawat kita kini terpaksa bersabar dengan kenyataan dangkal yang secara tidak langsung akan menjejaskan semangat mereka. Ini tidak akan mendatangkan faedah kepada kita untuk meyakinkan mereka untuk tinggal di Malaysia,” katanya lagi.

Dalam laporan berlainan, Presiden Kesatuan Jururawat Malaya, Nor Hayati Abd Rashid menegaskan bahawa pakaian seragam jururawat di hospital dan klinik kerajaan mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: