Antarabangsa

Tunai Solat Fardhu Di Pasar Awam, 8 Ditahan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UTTARAKHAND, 26 Julai 2022 – Lapan individu beragama Islam telah ditahan oleh pihak polis atas dakwaan menunaikan solat berjemaah di sebuah pasar awam di bandar Haridwar, India.

Menurut Superintendan Polis (Bandar), Swatantra Kumar seperti dilaporkan The Wire, kelapan-lapan mereka telah ditahan di bawah Seksyen 151 Kanun Prosedur Jenayah (dibuat dengan niat untuk melakukan sebarang kesalahan yang boleh disedari) dan dibawa ke hadapan Mahkamah Majistret Sub-Bahagian.

Walau bagaimanapun, Nizam (22), Nasim (52), Sajjad Ahmad (50), Mursalin (38), Ashraf (45), Asgar (37), Mustafa (35) dan Ikram (47) yang ditahan pada 21 Julai 2022 telah dibenarkan ikat jamin oleh pihak mahkamah.

Mereka juga telah diberi amaran oleh mahkamah atas perbuatan yang telah mereka lakukan.

Baru-baru ini pula di Uttar Pradesh, India, sebuah madrasah di kampung Jebra di Amroha dirobohkan oleh pihak pentadbiran Uttar Pradesh selepas menerima aduan daripada orang bukan Islam di kampung itu kerana solat dikumandangkan dan didengarkan melalui pembesar suara.

Madrasah yang dibina pada tujuh bulan yang lalu itu dirobohkan oleh tiga jentolak dengan dihadiri oleh sepasukan polis dan pegawai pentadbiran tempatan.

Leave a Reply

Back to top button