Tempatan

Bina Sekolah Cina Atas Tapak Sekolah Kebangsaan, Penduduk Bantah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PUCHONG, 08 Oktober 2021 – Penduduk Bandar Kinrara, Puchong, Selangor bangkit membuat bantahan penukaran status tapak Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) kepada Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) di Jalan 5B Bandar Kinrara.

Menurut sumber, surat bantahan itu telah dihantar oleh Pengerusi Persatuan Penduduk BK5B Bandar Kinrara,  Haji Mohamad Haron bin Haji Mohamad Sidik antaranya kepada Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor.

Sumber, Encik Zainol Talib memberitahu, petisyen bantahan juga telah dilancarkan oleh penduduk setempat selain dua laporan polis telah dibuat pada 18 April 2021 dan 25 Mei 2021 berkaitan perkara ini.

Maklumat petisyen menyatakan, pihak pemaju sebelum ini di bawah pengurusan Perumahan Kinrara Berhad (PKB) telah menyediakan satu tapak untuk sebuah Sekolah Kebangsaan (SK) dibangunkan di Fasa BK5B.

Namun, sejak awal April 2021, penduduk di kawasan Bandar Kinrara dikejutkan dengan kerja-kerja pemindahan tanah secara tergesa-gesa yang menggusarkan penduduk di tapak Sekolah Kebangsaan tersebut untuk dibina sebuah sekolah yang dinamakan SJK(C) Too Joon Hing melalui maklumat daripada papan iklan yang dipasang.

“Mengikut surat rasmi Majlis Bandaraya Subang Jaya bertarikh 31 Mei 2021 menyatakan bahawa “penentuan dan pembinaan Sekolah Rendah dan Menengah Kebangsaan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor serta 2 agensi kerajaan yang lain”,” kata Encik Zainol Talib.

Surat MBSJ itu juga menyatakan zon guna tanah berkenaan, mengikut Rancangan Tempatan MBSJ (Pengubahan 2) 2020, adalah Institusi & Kemudahan Masyarakat, iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan.

Di samping itu, surat itu turut mengesahkan bahawa permohonan Kebenaran Merancang bagi pembinaan SJKC Too Joon Hing telah diberi kelulusan dengan rujukan: MPSJ.JPB.BP4.600-1/1/24 (36) bertarikh 22 Oktober 2020.

“Apa yang pelik? Kelulusan permohonan tersebut diperolehi genap tiga (3) bulan dari tarikh pelan susun atur MBSJ dikeluarkan, dan semasa seluruh negara tengah mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan,” kata beliau lagi.

“Tiada sebarang notis dari MBSJ untuk mengemukakan cadangan SJKC tersebut kepada penduduk untuk membuat sebarang bantahan, sepertimana dikehendaki mengikut prosedur MBSJ.”

Bancian persatuan penduduk mendapati terdapat sekurang-kurangnya enam (6) buah sekolah SJK(C) sedia ada dalam radius jarak 5km dari BK5B berbanding hanya tiga (3) buah Sekolah Kebangsaaan.

Justeru, Persatuan Penduduk Bandar Kinrara mendesak pihak-pihak yang berkenaan seperti Menteri Besar Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pejabat Pendidikan Daerah/Negeri (PPD/PPN) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) agar dapat berbincang dalam mencari jalan penyelesaian terbaik mengenai hal pencerobohan tanah dan bantahan kami terhadap pembinaan SJK(C) Too Joon Hing ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: