Tempatan

Hujan & Ribut Petir Langgar Beberapa Negeri Sehingga Jumaat Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 April 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan ramalan cuaca bermula dari hari ini sehingga Jumaat ini.

Menurut METMalaysia, kesemua negeri di Semenanjung akan berdepan dengan ribut petir pada sebelah petang selama tiga hari berturut-turut.

BACA JUGA: Masjidil Aqsa Diserang Lagi!

BACA JUGA: 4 Hutan Di Kelantan Berisiko Terbakar Kemarau Ini

BACA JUGA: Kenyataan PM Tidak Tepat, Hina Orang Melayu

Ramalan pada Rabu, 5 April, menyatakan, kesemua negeri di Semenanjung, Sabah (Pedalaman dan Pantai Barat) dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang) akan dilanggar dengan ribut petir pada sebelah petang.

Lapor METMalaysia lagi, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pula dijangka di negeri Kedah (Yan dan Kuala Muda), Pulau Pinang, Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, Johor (Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga 2:00 petang; Rabu, 5 April 2023.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.”

Ribut petir ini berlanjutan hingga ke malam untuk negeri Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sabah (Pedalaman dan WP Labuan).

5-April.jpg?resize=780%2C546&is-pending-load=1#038;ssl=1

Pada 6 April, beberapa tempat di negeri Perlis, Kedah dan Perak dijangka akan dilanda hujan pagi. Negeri Pulau Pinang Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah (Pedalaman, Sandakan, Kudat, dan WP Labuan) juga akan mengalami hujan di satu dua tempat pada sebelah pagi.

6-April.jpg?resize=780%2C548&is-pending-load=1#038;ssl=1

Ramalan pada hari Jumaat, 7 April 2023 pula melaporkan, hujan akan menimpa di satu dua tempat di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Sabah (Pedalaman, Sandakan, Kudat dan WP Labuan) dan Sarawak (Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah) pada waktu pagi.

Pada waktu malam pula, ribut petir dijangka berlanjutan dari petang di satu dua tempat di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

7-April.jpg?resize=780%2C548&is-pending-load=1#038;ssl=1

Untuk maklumat cuaca terkini, anda boleh dapatkan di www.met.gov.my atau melalui aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: