Tempatan

Tun M Mohon Tandatangan Proklamasi Orang Melayu Jika Sayang Bangsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memohon kepada orang Melayu yang sayangkan bangsanya sendiri untuk menandatangani Proklamasi Orang Melayu.

“Jika sayangkan bangsa Melayu, turunkan tandatangan di atas Proklamasi Orang Melayu ini,” kata Tun M dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Urusan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), semalam.

BACA JUGA: Kerajaan Pahang Sumbang RM500 Buat Jemaah Haji Bermula Tahun Ini

BACA JUGA: Diskaun Saman Trafik Hingga 60 Peratus 20-30 Mac Ini

BACA JUGA: Kuantan Buka 1,775 Tapak Bazar Ramadhan, Aidilfitri

Proklamasi tersebut mengandungi dua belas perkara yang ditulis sendiri oleh Tun M sebagai agenda orang Melayu dan bukan agenda mana-mana parti politik.

Tujuan proklamasi ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu mengenai situasi politik negara masa kini.

Dua belas perkara utama proklamasi ini ialah:

1. Orang Melayu tidak pernah menguasai ekonomi negara.
2. Tidak mustahil satu-satunya kuasa politik yang ada juga akan terlucut daripada tangan orang Melayu.
3. Nasib orang Melayu tidak dapat ditentukan mereka.
4. Puncanya ialah kecuaian pemimpin orang Melayu sendiri.
5. Parti Melayu atas nama bangsa, agama dan negara diseleweng menjadi parti untuk memewahkan diri.
6. Perebutan jawatan dan kuasa menjahanamkan perpaduan bangsa Melayu.
7. Lemahnya Melayu sehingga kedaulatan tanah air ini bakal terlepas daripada tangan mereka.
8. Masa depan orang Melayu kini amat gelap dan kemiskinan memaksa mereka menjual tanah-tanah mereka.
9. Pemulihan bangsa Melayu hanya akan berjaya apabila mereka kembali Bersatu.
10. Menyelamatkan bangsa itu kewajiban bukannya perkauman namun akan menjadi perkauman jika bangsa itu dibiar sehingga tidak lagi relevan.
11. Ketepikan kepentingan diri dan parti.
12. Bertautlah semula demi bangsa, agama dan negara.

“Kami tidak mewakili mana-mana parti politik, kami hanya mahu menyatukan orang Melayu yang kini semakin berpecah akibat politik negara,” kata Tun M lagi dalam sidang media itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: