Tempatan

Tular Polis Bantuan Didakwa Buat Lagak Samseng Jalanan Di DUKE

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Mei 2023 – Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supritendan Ashari Bin Abu Samah mengesahkan individu dalam video tular yang berlagak sebagai samseng jalanan di Lebuhraya DUKE menghala ke Ulu Klang sebagai seorang Polis Bantuan di sebuah bank.

Ujarnya dalam satu kenyataan, “Pada 1 Mei 2023 jam lebih kurang 4.27 petang, terkesan satu (1) video yang tular di Facebook berdurasi 1 minit 20 saat yang memaparkan kejadian seorang lelaki didakwa adalah seorang anggota Polis menjadi samseng jalanan yang berlaku di Lebuhraya DUKE menghala ke Ulu Klang seperti di pautan berikut URL: https://www.facebook.com/reel/1841837411790937=e&s=7MttK&mibextid=90K”

“Menurut pengadu, kejadian berlaku melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda City telah memandu secara merbahaya dan cuba mengganggu perjalanannya. Subjek bertindak mengeluarkan seperti kad Polis dan menunjuk kepada pengadu.”

BACA JUGA: Peguam Melayu Pertikai Mengapa Wali Diwajibkan Untuk Pengantin Perempuan

BACA JUGA: Hujan Dijangka Mulai Turun Beberapa Hari Lagi

BACA JUGA: MPK Tawar Diskaun Kompaun Sepanjang Bulan Mei

Tambah Supritendan Ashari Bin Abu Samah, individu yang dirujuk sebagai Subjek itu tampil ke Balai Polis Pandan Indah, IPD Ampang Jaya pada 1 Mei 2023 bagi membuat laporan polis ke atas pengadu.

“Pada 1 Mei 2023, Subjek telah tampil ke Balai Polis Pandan Indah, IPD Ampang Jaya bagi membuat laporan polis kerana dapati pengadu telah mengganggu laluannya tanpa memberikan lampu signal ubah haluan. Oleh yang demikian, subjek bertindak menunjukkan kad kuasa Polis bertujuan supaya pengadu berhenti. “

“Semakan mendapati subjek adalah merupakan seorang anggota Polis Bantuan sebuah Bank.”

Susulan itu, kes telah diklasifikasikan sebagai Rujuk Kepada Majistret atau “RKM”.

“Pihak IPD Wangsa Maju akan merujuk ke agensi Polis Bantuan berkenaan untuk tindakan lanjut.”

Kata Supritendan Ashari Bin Abu Samah lagi, pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkannya kepada IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: