PRU-15

PRU-15: Ahli Politik Digesa Elakkan Kempen Negatif – Pemerhati Politik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 07 November 2022 – Pemerhati politik menggesa calon yang bakal bertanding agar tidak tidak menjalankan kempen negatif sepanjang tempoh dua minggu ini.

Menurut penganalisis keselamatan dan politik Pusat Pengajian Media dan Maklumat Peperangan, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, terdapat sesetengah calon yang berpotensi menjalankan kempen negatif tetapi telah diberi amaran bahawa ia tidak baik untuk negara.

“Daripada melakukan pembunuhan karakter, calon seharusnya memberi tumpuan kepada bagaimana manifesto mereka boleh dilaksanakan di kawasan mereka dan memberi manfaat kepada pengundi,” jelas beliau.

Tambah beliau lagi, calon juga harus menjelaskan dengan terperinci bagaimana mereka boleh menyumbang kepada rakyat dan menjauhi politik negatif.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir pula berkata, calon digesa untuk mengelak dari menyentuh isu sensitif seperti agama dan kaum dalam kempen mereka.

“Ini merupakan topik yang berpotensi provokatif yang mesti dielakkan sepenuhnya,” jelasnya.

Sebelum ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati agar semua calon supaya bertanding secara sihat dengan mengelakkan kempen menyerang, menjauhi sifat fitnah, provokasi, caci-mencaci dan cela mencela serta memburuk dan memperlekehkan sesiapa sahaja semasa berkempen.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: