Tempatan

Tular Kejadian ‘Angin Taufan’ Di P. Pinang, Warga Maya Kongsi Status Negeri Sendiri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PULAU PINANG, 05 Januari 2023 – Tular rakaman video memaparkan kejadian ribut pasir dan angin kencang seakan-akan ribut taufan di Queensbay Mall, petang semalam.

@abbysya21_ takutnyaaaa 😭 #queensbaymallpenang ♬ original sound – abbysya_

 

“Ya Allah luar biasa angin petang tadi. Keadaan angin kuat yang dirakamkan petang tadi di depan Queensbay Mall,” lapor Penang Press, merujuk video yang sama.

BACA JUGA: AMARAN Ribut Petir Di Negeri Johor
BACA JUGA: Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Sehingga 7 Januari Ini
BACA JUGA:  Hati-Hati, 3 Air Sungai Di Aras AMARAN Dengan Trend Menaik

Tinjauan samudera.my di media sosial mendapati, susulan video tular ini, rata-rata pengguna berkongsikan status cuaca di tempat dan negeri masing-masing seperti di kawasan Pulau Pinang, Kedah, Perak, Terengganu dan Negeri Sembilan.

“Masa angin ni saya pun ada kat pantai jugak tapi dekat Teluk Kumbar memang kuat sungguh angin tu,” kata Cik Nani.

Roslan Pna, seorang pengguna Facebook dari Kepala Batas, Pulau Pinang juga berkongsi perkara sama.

“Sama sini tadi Kepala Batas…Baru pukul 5 petang dah macam nak Maghrib…gelap yang amat…Sekali angin datang, takut tengok.”

Di Perak, pengguna media sosial melaporkan bahawa hujan lebat sedang membadai negeri itu berserta kilat sambar menyambar.

“Kat Perak sekarang tengah hujan lebat…kilat sambar menyambar…takutnyaa” kata Leenazhr.

“Angin dari Terengganu Maghrib semalam. Macam ni lah rupanya tapi sekali dengan hujan,” kongsi Iqbar, pengguna TikTok dari Terengganu.

Seorang lagi pengguna TikTok, shu_kookie juga berkongsikan keadaan cuaca lebih kurang sama di Senawang, Negeri Sembilan.

“Kat Seremban area Senawang pun hujan lebat dah beberapa hari…dengan anginnya..siap lengkap pakej petir kilat lagi.”

Baru-baru ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan dan Terengganu sehingga 7 Januari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: