Tempatan

Tukun Tiruan Bernilai RM1.31 Juta Diagihkan Di Perairan Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PASIR PUTEH, 10 Julai 2023 – Sebanyak 41 buah tukun tiruan bernilai RM1.31 juta akan diagihkan ke perairan lima negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah dan Selangor pada tahun ini.

Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Adnan Hussain berkata, ia merupakan satu usaha jangka panjang dalam meningkatkan sumber makanan negara di masa hadapan.

BACA JUGA: Tukar Label Beras Tempatan, Jual Harga Import Bakal Didenda Hingga RM250 Ribu

BACA JUGA: Kenyataan Berbaur 3R, Guan Eng & Hadi Disiasat Bukit Aman – Timbalan Pengarah CID

BACA JUGA: NGO Rayu Sabah Ditukar Kepada Negara Dengan Lapan Negeri

Justeru, peruntukan besar disediakan bertujuan membina habitat ikan dan hidupan marin lain yang berada di perairan negara.

“Kami (Jabatan Perikanan Malaysia) sentiasa mengenal pasti perubahan dan perkembangan di kawasan tukun yang telah dilabuhkan.”

“Hal ini bagi memastikan tukun-tukun itu dapat berfungsi dengan baik sekali gus memenuhi hasrat yang telah ditetapkan.”

Adnan berkata demikian pada sidang akhbar selepas Program Melabuhkan Tukun Tiruan Konservasi yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah di perairan Tok Bali, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Adnan memberitahu, sebanyak 18 buah tukun tiruan konservasi bernilai RM660,000 diperuntukkan untuk perairan Tok Bali dan Kuala Besar, Kota Bharu.

Katanya, tukun ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 4,191 orang nelayan di negeri itu.

“Sejak 2007 lalu hingga kini, sebanyak 230 unit tukun tiruan telah dilabuhkan di tujuh lokasi di negeri ini iaitu Kuala Tumpat (Tumpat), Kuala Besar, Sabak (Kota Bharu), Kemasin, Pantai Irama (Bachok), Semerak dan Tok Bali (Pasir Puteh).”

“Jenis tukun dilabuhkan adalah tukun dasar lembut penghalang pukat tunda (TDL PT), tukun dasar lembut (TDL) serta tukun rekreasi (TR),” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: