Antarabangsa

Lebih 4.5 Juta Nyawa Melayang Disebabkan Perang Sejak 9/11

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 18 Mei 2023 – Sebuah kajian terkini yang dijalankan oleh Universiti Brown di Rhode Island telah menemukan bahawa lebih daripada 4.5 juta nyawa telah terkorban disebabkan siri peperangan sejak daripada peristiwa 11 September.

Menurut laporan kajian yang dikeluarkan itu, sehingga kini jumlah manusia yang terkorban akibat peperangan sejak daripada kejadian serangan di Amerika Syarikat (AS) itu terus meningkat.

BACA JUGA: Cuaca Ekstrem Ubah Peta Negara, Beberapa Kawasan Tinggal Sejarah

BACA JUGA: LIMA ’23: Ruang Udara Langkawi Ditutup 18-27 Mei Ini

BACA JUGA: NGO Islam Sukar Percaya ‘Janji Minyak’ PMX, Jalankan Tindakan, Baru Boleh Percaya – SUA PEMBELA

Projek kajian yang dipanggil Costs of War itu telah diterbitkan pada Isnin lalu dan ianya menganggarkan bahawa sekitar 906,000 sehingga 937,000 orang telah terbunuh disebabkan peperangan di Afghanistan, Pakistan, Syria, Yaman, Libya dan Somalia.

Laporan kajian yang sama juga menganggarkan bahawa sekitar 3,588,000 ke 3,716,000 nyawa telah terkorban bukan disebabkan peperangan secara langsung tetapi kerana faktor-faktor lain yang berkaitan dengan peperangan seperti ekonomi, kebuluran ekstrem, kekurangan nutrisi dan penyakit berjangkit.

Jumlah korban keseluruhan jika dicampurkan adalah sekitar 4.5 juta hingga ke 4.6 juta nyawa yang mana angka tersebut, menurut laporan yang sama adalah terus meningkat disebabkan konflik-konflik global yang masih berlaku.

Laporan tersebut selanjutnya menyatakan, golongan yang paling terkesan akibat konflik dan peperangan yang berlaku itu adalah daripada kalangan kanak-kanak dan wanita.

Laporan tersebut tidak menyatakan secara jelas mana-mana negara yang bersalah dalam hal ini namun peranan AS dalam konflik-konflik asing, terutamanya di Afghanistan yang menatijahkan kepada kematian yang tinggi disebutkan dengan khusus.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: