Tukar Tayar Cara Pro
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
AHAD, 13 Februari 2022 – Risiko kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa diduga, termasuklah kemalangan semasa menukar tayar kenderaan kereta.
Kebiasaannya kemalangan ketika menukar tayar terjadi disebabkan oleh kawasan yang tidak sesuai seperti permukaan tidak rata, dilanggar oleh kenderaan lain dalam keadaan gelap, dan juga digilis oleh kereta sendiri disebabkan kawasan yang berbukit.
BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin
BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak
BACA: Ibu Muda Dirogol Berkumpulan Diperlakukan Seperti Haiwan Selepas Cinta Ditolak
Kemalangan sebegini boleh mengakibatkan kematian.
Sebenarnya untuk menukar tayar kereta ini tidak sesusah yang anda jangka kerana siapa sahaja boleh melakukannya, tidak kira sama ada anda lelaki atau perempuan.
Sebelum anda menukar tayar kereta, beberapa peralatan yang sepatutnya telah disediakan pada setiap kenderaan seperti berikut perlu ada:
–Jack untuk mengangkat kereta
-Spanar
-Tayar ganti
-Pemutar jack
Langkah 1: Berhenti Di Tempat Yang Rata & Selamat
Perlahankan kereta anda dan berhenti di tepi jalan raya. Pastikan jalan raya tersebut berada di kawasan yang rata dan selamat.
Elakkan berhenti di tepi tebing yang curam untuk mengelakkan daripada kereta tersebut tergelincir daripada jack kereta.
Pada kaum wanita pula, pastikan anda berhenti di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai supaya ia tidak membahayakan keselamatan anda.
Pastikan anda pasang lampu kecemasan dan letakkan kon kecemasan sebagai amaran untuk kereta yang datang dari arah belakang.
Langkah 2: Ambil Peralatan Yang Diperlukan
Ambil kesemua peralatan yang diperlukan seperti jack untuk mengangkat kereta, spanar, pemutar jack dan juga tayar ganti.
Kebiasaannya kesemua peralatan tersebut berada di bawah karpet pada bonet belakang kereta anda.
Setiap kereta sepatutnya lengkap dengan kesemua peralatan tersebut. Sekiranya kereta anda tidak mempunyai peralatan tersebut, anda perlu sediakan sebelum berlakunya kejadian seperti ini.
Langkah 3: Longgarkan Sedikit Nat Tayar Pada Rim
Untuk melonggarkan nat tayar pada rim, anda boleh menggunakan (wheel brace) di mana spanar yang berbentuk L atau X yang telah disediakan.
Gunakan spanar tersebut secara melawan arah jam (anti-clockwise). Tidak perlu menanggalnya terus, cukup sekadar untuk melonggarkan nat tersebut.
Langkah 4: Pasangkan Jack
Pemasangan jack kereta memerlukan cara yang betul, sekiranya anda pertama kali menggunakan jack kereta anda perlu pastikan bahawa jack tersebut berada di bawah kereta dan kedudukannya adalah paling hampir dengan tayar kereta.
Pastikan jack tersebut berkedudukan pada rangka kereta dan anda boleh pusingkannya mengikut lawan arah jam.
Pastikan tidak terlalu tinggi, sekadar anda mempunyai ruang untuk membuka tayar dari kereta.
Langkah 5: Buka nat & ganti tayar dengan tayar ‘spare’
Selepas selesai jack kereta, anda boleh buka semua nat pada tayar kereta tersebut dan perlahan-lahan mengeluarkan tayar kereta.
Gantikan tayar yang rosak itu dengan tayar baru atau ‘spare’ yang telah disediakan.
Semasa meletakkan tayar spare pastikan anda sudah seimbangkan tayar tersebut dan ketatkan semula nat tayar pada masa yang sama, proses ini memerlukan tenaga yang lebih.
Langkah 6: Turunkan kereta dan ketatkan nat tayar
Setelah selesai meletakkan tayar ganti anda perlu memastikan kesemua nat tersebut telah dipasang pada kedudukan yang betul.
Turunkan kereta anda secara perlahan-lahan, Setelah itu anda perlu pijak spanar atau wheel brace dengan kaki bagi memastikan nat itu betul-betul ketat kuat dan selamat.
Senang dan mudahkan nak tukar tayar kereta?
Selepas ini tak perlu dah anda berasa panik dan risau sekiranya berlaku kejadian seperti ini.
Sekiranya anda telah menggunakan tayar spare tersebut maka, cepat-cepatlah ganti tayar tersebut.
Untuk pengetahuan anda, tayar ganti yang berada di dalam kereta kita hanya boleh bergerak secara purata 80km/j sahaja.