Tempatan

Tukar Tanah Wakaf Jadi TRM Bertentangan Dengan Perlembagaan – Datuk Seri Hishamuddin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Julai 2023 – Keputusan menjadikan tanah wakaf sebagai Tanah Rizab Melayu (TRM) tidak wajar dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 89 2A, tegas Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Seri Hishamuddin Hashim.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan hasrat kerajaan Negeri Perak yang mahu menjadikan 800 hektar tanah wakaf saraan bagi masjid seluruh negeri itu sebagai TRM.

BACA JUGA: YDP Agong Titah Rakyat Berhati-Hati Pilih Lokasi Riadah

BACA JUGA: Malaysia Catat Tahap Membimbangkan, Lebih Sejuta Rakyat Terjerumus Dadah

BACA JUGA: Ribuan Berhimpun Bantah Pembakaran Al-Quran Di Sweden

Tegasnya, sebelum ini Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-46 pada 22 April 1999 mengatakan tanah wakaf tidak boleh sama sekali dipindah milik kecuali kerana darurat.

“Ini bermaksud tanah wakaf ini tidak sewenang-wenangnya diambil oleh pihak berkuasa melainkan atas nama darurat. Jadi kita hendak tahu adakah ini untuk penuhi kuota atau kepentingan TRM jadi tanah wakaf diambil?”

“Adakah itu darurat? Ini adalah kepentingan memenuhi kehendak politik dengan mendawa TRM telah bertambah,” tempelaknya lagi.

Ujar Datuk Seri Hishamuddin, kita suka keluasan TRM ini bertambah tapi janganlah dengan ambil tanah wakaf yang diberikan oleh individu atas tujuan saraan kepada kepentingan agama dan masjid.

Oleh itu, beliau mencadangkan kerajaan Negeri Perak untuk mengambil tanah kubur serta tanah rizab sungai untuk dijadikan sebagai TRM, bukannya tanah wakaf.

“Kita mohon sangat-sangat supaya kerajaan negeri banyakkan lagi tanah rizab Melayu, tanah yang belum diwartakan atau tanah yang sudah diceroboh atau tanah yang tidak ada kepentingan.”

Terdahulu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Pejabat Tanah dan Galian Perak berjaya membuat rundingan untuk mewartakan kawasan seluas 800 hektar di Gunung Bersout, Batang Padang yang merupakan wakaf saraan bagi masjid seluruh negeri itu sebagai kawasan tambahan TRM.

Cadangan pewartaan itu akan dibawa untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: