Tempatan

Pengisytiharan Malaysia Sebagai “Kawasan Tempatan Jangkitan” Dilanjut Hingga 30 Jun 2023 – KKM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 31 Disember 2022 – Pengisytiharan Malaysia sebagai “Kawasan Tempatan Jangkitan” dilanjut sehingga 30 Jun 2023, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hal ini kerana, menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, ia adalah bagi memudahcara Kementerian Kesihatan dalam menjalankan aktiviti pencegahan dan pengawalan penularan jangkitan COVID-19 menggunakan peruntukan di bawah P.U (A) 83/22.

Pelanjutan ini telah diwartakan pada 27 Disember 2022 melalui perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelanjutan Kuat Kuasa) (No. 2) 2022 [P.U. (A) 397/2022].

Pengukuhan kesiapsiagaan ini juga merupakan susulan daripada situasi semasa serta perubahan polisi pengurusan COVID-19 di negara China.

Dalam pada itu, pihak KKM turut mengingatkan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan selamat bagi mengelakkan diri dari bahaya jangkitan COVID-19 mahupun penyakit berjangkit yang lain.

Masyarakat juga disyorkan untuk sentiasa mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek) serta memakai pelitup muka di tempat yang sesak terutamanya buat mereka yang berisiko tinggi.

Pihak KKM turut memberi jaminan untuk terus memantau perkembangan kes jangkitan COVID-19 sama ada dalam mahupun luar negara dan bekerjasama dengan WHO, China serta negara-negara ASEAN demi memastikan langkah pencegahan dan kawalan sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: