NGO

Tukar Jalan Temiang Kepada Pengasas DAP Satu Proses Pencairan Identiti

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

1. ISMA berpendapat keputusan kerajaan Negeri Sembilan menukar nama Jalan Temiang kepada nama mendiang Dr Chen Man Hin, pengasas Parti Tindakan Demokratik (DAP) merupakan satu proses mengasak secara halus dalam mengukuhkan objektif terakhir mereka iaitu mengubah identiti negara.

2. Malaysia didirikan atas identiti Islam adalah agama Persekutuan dan seharusnya negara mesti selari dengan segala syiar, simbol, imej dan identitinya.

3. Ahli politik Melayu Islam tidak sepatutnya seperti lembu dicucuk hidung, menyambung hayat kepada projek Malaysian Malaysia DAP yang sudah hampir mati ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia.

4. ISMA mengikuti segala tindak-tanduk parti DAP yang sering kali bersikap alergi dengan identiti negara seperti tulisan jawi. Oleh itu ISMA ingin menegaskan bahawa setiap rakyat Malaysia harus mempertahankan identiti asal negara.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: