Tempatan

Dialog PEMBELA dengan NGO CIJ, Family Frontiers, Sisters in Islam Dan Lain-Lain Berkaitan Isu-Isu Semasa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Sollu ‘alan Nabiy

DIALOG PEMBELA DENGAN NGO CIJ, FAMILY FRONTIERS, SISTERS IN ISLAM DAN LAIN-LAIN BERKAITAN ISU-ISU SEMASA

Petang tadi, 8hb Ogos 2023, saya menghadiri perjumpaan dan dialog diantara Gabungan NGO Pembela Islam @ PEMBELA dengan beberapa pertubuhan, membincangkan isu-isu semasa khususnya berkaitan isu 3R (Royal, Race, Religion) dan cadangan pindaan Perlembagaan berkaitan hak-hak kewarganegaraan.

Antara yang hadir adalah Puan Cyhthia Lorraine daripada Centre for Independant Journalism (CIJ), Beverly Joeman (CSP Platform for Reform), Maalini Ranali (DHRRS Malaysia), Wathshlah G Naidu (CIJ), Melinda Anne Sharlini dan Suri Kempe (Family Frontiers), Syed Azmi Alhabshi ( Puak Payong), Rozana Isa (Sisters in Islam) dan lain-lain lagi.

Saya mewakili Akademi Watan, Hj Razali Daud dari Mampir, Abdul Kareem Khadaied mewakili Pertubuhan Sufi Antarabangsa, Nizam Alias, Syahniz dan Hj Zainol Talib mewakili Pembela serta Nur Shahirah dan Syuhadatul Fadliah mewakili Samudera.

Banyak perkara yang disentuh, antaranya mengenai hal-hal sebenar yang berlaku di lapangan berkaitan isu-isu kewarganegaraan, keperluan bekerjasama dalam meluruskan salah faham serta menggembleng kesedaran rakyat khususnya tentang isu-isu tersebut, isu ekstrimism yang mencalar perpaduan kaum, hak kebebasan bersuara terutama dalam platform media, latar belakang dan keperluan Akta Hasutan, keperluan menghayati Rukun Negara, keperluan libat urus serta membantu memperkasakan agensi-agensi kerajaan dan sebagainya.

Saudara Nizam Alias mewakili PEMBELA, mempertegaskan prinsip tiada kompromi dalam perkara-perkasa asas berkaitan hak-hak dan kepentingan orang Melayu dan agama Islam, serta hak sah kaum-kaum lain yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan serta keperluan untuk semua pihak memahami dan menghormati asas-asas tersebut. Beliau juga memberikan pandangan ahli-ahli gabungan mengenai isu-isu di lapangan serta menawarkan kerjasama pada hal-hal yang boleh disepakati dengan kumpulan-kumpulan NGO tersebut.

Saya pula berkongsi perspektif sejarah dan warisan tanah air, etos Melayu dalam prinsip Perlembagaan, fakta tentang sistem demokrasi negara ini yang bukan mutlak kerana 5 perkara adalah dibawah naungan Raja-Raja Melayu secara langsung, iaitu kedaulatan dan keutamaan Raja-Raja Melayu, pemeliharaan agama Islam, kedudukan istimewa org Melayu dan pribumi, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan hak-hak kewarganegaraan.

Kebebasan asasi rakyat Malaysia juga adalah terhad kepada peruntukan- peruntukan Perlembagaan berdasarkan dinamika dan legasi sejarah, keadaan dan keperluan tempatan bagi menjamin kesejahteraan, keutuhan, keamanan serta kemakmuran warga dan negara (eg Perkara 10 dan 11).

Perjumpaan yang diadakan dalam suasana mesra dan santai ini berakhir dengan persepakatan untuk diadakan sesi pertemuan susulan.

Semoga lebih banyak perjumpaan dan dialog seperti ini dapat diadakan bagi mencari kesefahaman, sinergi dan kerjasama dengan pelbagai NGO mewakili pelbagai peringkat masyarakat.

Suzana Hj Othman

PAUTAN ASAL: FB Tun Suzana Tun Hj Othman

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: