Tempatan

Tubuh Jawatankuasa Atasi Isu Penukaran Agama Anak – IKIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AHAD, 27 Februari 2022 – Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Profesor Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil menyenaraikan beberapa cadangan dalam isu anak-anak Loh Siew Hong agar satu titik pertemuan dapat dicapai dalam kes ini.

Pertama, menubuhkan satu jawatankuasa mediasi antara agama bagi menyelesaikan kes sebegini.

“Pendekatan ini tidak memerlukan pindaan undang-undang kerana ia boleh dibuat secara pentadbiran. Panel dilantik mesti terdiri daripada pihak beragama Islam dan bukan Islam,” ujarnya.

Kedua, menubuhkan mahkamah keluarga khas di bawah Mahkamah Sivil dengan penubuhan jawatankuasa khas yang ahlinya terdiri daripada mereka yang arif dalam kedua-dua bidang, iaitu undang-undang Sivil dan Syariah.

Ini bagi meraikan kedua-dua pihak berlainan agama.

Cadangan ketiga, hakim Mahkamah Sivil hendaklah bersidang dengan hakim Mahkamah Syariah apabila kes mengenai undang-undang Islam dibangkitkan dalam Mahkamah Sivil.

Cadangan keempat pula “Hakim Mahkamah Syariah boleh dipinjamkan ke Mahkamah Sivil bagi mengendalikan kes membabitkan konflik antara undang-undang Syariah dengan undang-undang sivil.”

Akan tetapi, “Sedikit pindaan perlu dibuat kepada Perkara 122B dan 123 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Mahkamah Kehakiman 1964,” kata Ketua Pengarah IKIM itu

Empat cadangan ini diutarakannya berikutan timbul persoalan sama ada bolehkah salah seorang daripada ibu bapa menukar agama seorang kanak-kanak bawah 18 tahun.

Profesor Madya Dr. Mohamed Azam menyatakan, dalam konteks Malaysia, Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan ‘agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada 18 tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.’

Melihat kepada versi dalam bahasa Inggeris, ia menyebut perkataan parent membawa maksud ibu atau bapa. Sekiranya perkataan parents ditulis dengan jelas, ia membawa maksud ibu bapa.

Namun, ahli perundangan dan akademik membuat tafsiran berbeza mengenai perkataan parent dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

Tambah beliau, Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada mesyuarat kali ke-87 pada 25 Jun 2009 memutuskan apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur adalah mengikut Islam dan hak penjagaan anak berkenaan hendaklah diletak di bawah ibu atau bapa beragama Islam.

“Keputusan muzakarah ini diikuti Sabah, Sarawak dan Pahang. Malangnya, semua fatwa berkenaan tidak diwartakan.”

“Justeru , berikut cadangan perlu dipertimbangkan bagi mencari satu titik pertemuan,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: